Friday, April 17, 2020

Syeikh Abdul Karim Al-Makki - Pengalaman Membesar Di Dalam Masjidil Haram

https://www.youtube.com/watch?v=ZXuW9uWeAqA
https://www.youtube.com/watch?v=DKDT12BDm_Y
https://www.youtube.com/watch?v=qnKbk03EuJU

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki

Beliau berketurunan Melayu Fathani, dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram.


Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram .

Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah .

Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah .

Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak .

Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan Sarjana Mudanya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .

Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam Besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais. Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy dan as-Sudaisi sendiri.

Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .

As-Sudais juga, pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di Masjid al-Haram .


Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam.

Berkahwin dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang.





No comments:

Post a Comment