Thursday, July 5, 2012

Niat Pergi Kerja

Setiap hari saya keluar dari rumah ke tempat kerja untuk mencari sesuap rezeki. Begitu juga rakan-rakan yang lain, ada yang keluar dari rumah untuk berniaga roti canai di pasar, ada yang keluar dari rumah untuk menguruskan kantin sekolah, ada yang keluar dari rumah untuk menjual cendol dan pasembor, ada yang keluar dari rumah untuk mengajar di sekolah, ada yang keluar dari rumah untuk ke kilang, ada yang keluar dari rumah untuk ke institut penyelidikan.


Apakah niat yang patut saya niatkan apabila keluar dari rumah untuk pergi bekerja?




Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang mafhumnya," Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal – dia akan bertemu Allah Subhanahu wa Taala dalam keadaan Allah Subhanahu wa Taala akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta daripada orang lain, untuk mencari rezeki untuk ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah Subhanahu wa Taala dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. (HR Baihaqi)



(dipetik daripada Muntakhab Ahadits, Bab Ikhlas, sub-topik Celaan Terhadap Riya', hadis ke -38).