Friday, April 10, 2020

Azan Malaysia

Bilal r.anhu telah diberikan kemuliaan untuk melaungkan azan yang pertama. Oleh kerana itu, Muazzin atau Juru Azan juga digelar sebagai Bilal.

Bagaimanakah bunyinya azan Bilal r.anhu?

Di dalam video di bawah, kita dapat mendengar azan Bilal yang dibawakan oleh Syaikh Hisam Thiyara Al-Damshy, di mana ia adalah azan melalui keilmuan yang diajarkan secara turun temurun dengan sanad yang jelas dan juga memiliki ijazah apabila sudah lulus dan dianggap layak membawakan azan yang sesuai dengan azan Bilal r.anhu. Dikatakan bahawa sanad guru-guru Syaikh Hisam adalah bersambung sehingga kepada Bilal bin Rabah r.anhu.
https://www.youtube.com/watch?v=Umcni01siTE


Ada sebuah filem berkenaan Bilal r.anhu telah diterbitkan yang berjudul : Bilal-i Habeşi
Anda boleh lihat video penuhnya di Youtube :
https://www.youtube.com/watch?v=sSQHWyr03yU

Kehebatan yang ada pada Bilal menyebabkan beliau telah dilantik menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada Bilal sama ada ketika bermukim mahu pun ketika bermusafir.

Setelah Nabi SAW wafat, sukar lagi berat hatinya untuk beliau terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat Baginda yang telah kosong. Beliau bertekad untuk menghabiskan saki baki hidupnya dengan jihad. Lantaran itu beliau keluar untuk menyertai jihad ke Syam dan tidak pulang ke Madinah untuk satu tempoh yang lama.

Pada suatu malam, Bilal telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Baginda SAW telah bertanya,”Wahai Bilal! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang menziarahiku?”.

Setelah terjaga dari tidur, Bilal terus bersiap dan bergerak ke Madinah. Saidina Hassan dan Husain, cucu Rasulullah SAW telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan sepeti di zaman Nabi SAW.

Apabila tiba pada kalimah Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah, Bilal r.anhu tidak dapat meneruskan azannya, sedutan scene itu adalah seperti berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=3zJ1raDykso


Azan Evergreen Malaysia Sejak Dulu 1980an
https://www.youtube.com/watch?v=YPLov7EBmUk

Azan Malaysia Isyak 1984 RTM:
https://www.youtube.com/watch?v=bh3NdoQS_h8

Azan Malaysia Asar 1988
https://www.youtube.com/watch?v=-6aiqmK4-SE

Azan Malaysia Maghrib TV1 - saya fikir inilah azan yang evergreen sepanjang zaman by Ustaz Asri Nadamurni.
https://www.youtube.com/watch?v=Wdb-Hylv0z4
 
Azan Malaysia Asar 2007 RTM1 - masyhur dengan kelembutannya
https://www.youtube.com/watch?v=GGMIoM2Djb4

Azan Malaysia Subuh - Jiharkah Ustaz Fahmi
https://www.youtube.com/watch?v=CSIUDo82Rw0

Azan Malaysia Maghrib 2012
https://www.youtube.com/watch?v=pXHg2WfCLCs


Azan Malaysia Subuh 2013 TV3
https://www.youtube.com/watch?v=rVz9P4Zivgs

Azan Malaysia Subuh 2015 Jakim
https://www.youtube.com/watch?v=Kz4UIhhupYw

No comments:

Post a Comment