Usaha dakwah seperti air hujan.
Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat
itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di
tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi
kontang dan mati.
Satu jemaah dari Pakistan telah
dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu
menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di
tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah
batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol
arak sebagai helah. Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan
menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak
buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.
Allah turunkan azab di tempat2
orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana
tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah.
Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya
zalim.
Di akhirat nanti sebahagian dari
umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi
sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila
melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi
sejauh mata memandang.
Allah telah beri diri dan harta
kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama.
Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan
masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat
tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna
diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk
dunia maka dunia akan maju.
Jemaah pertama yang dihantar ke
Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu
tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah
telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah
ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh
setiap kali azan dilaungkan.
Elders kata bila usaha Nabi dibuat
maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah &
Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka
kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris
iaitu tempat bershopping.
Di markas London telah boleh azan
menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja
dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun
loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar
sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2
badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada
masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan
iaitu ke arah kaabah.
Sepanyol dulunya adalah negara
Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi
muzium, gudang, kilang dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang
bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah
menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang
Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan
Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar
maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi
sedikit Allah buat perubahan.
Ada tempat2 lain yang tiada
masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula
bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di
jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ
terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2
dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya.
Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta’lim
dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama
satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2. Jika tidak anak2
akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga
akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama
dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan sahabat yang
galakkan suami dan anak2 mereka.
Yakinlah bahawa setiap susah payah
kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan
ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan
Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.
Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.
No comments:
Post a Comment