Saturday, June 8, 2019

Mati di Hadapan Rasulullah

Seorang wanita telah pergi berjumpa Saiyidatina Aisyah r.anha dan berkata kepadanya, " Bawalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Oleh itu, Saiyidatina Aisyah r.anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia. (dipetik dari Kitab Kisah Para Sahabat , Bab 12 : Kasih Sayang Terhadap Nabi S.A.W, kisah No. 12)

Memanglah kebiasaannya hati kita akan menjadi sayu dan menangis apabila menziarahi makam Rasulullah S.A.W. tetapi untuk mati di hadapan Rasulullah S.A.W bukan suatu perkara yang mudah, namun sebahagian manusia masih berjaya memperolehi kemuliaan ini.

Salah seorang manusia yang telah berjaya ialah saudara Badrul Munir.

Seperti mana di tempat lain, hampir setiap hari memang ada orang-orang yang mati di Madinah, namun Badrul Munir bukan sahaja mati di Madinah, tetapi dicabut nyawanya di hadapan Rasulullah S.A.W.

Seperti mana yang kita ketahui, orang yang beramal akan mendapat syurga, tetapi orang yang khidmat akan dapat Allah.

Abang Bad merupakan seorang yang kuat khidmat, maksudnya ialah "orang yang banyak menyusahkan diri sendiri supaya orang lain senang", dan beliau banyak berkhidmat khususnya kepada pelajar, ustaz dan orang-orang yang keluar di jalan Allah.

Rohnya meninggalkan jasadnya di hadapan Rasullullah S.A.W, Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar r.anhuma, mana kala jasadnya pula disemadikan berhampiran Saiyidina Usman r.anhu di Jannatul Baqi'. Bolehkah Tuan-Puan bayangkan betapakah kemuliaan zahiriah yang Allah kurniakan ini?

Laporan daripada Ustaz Jamal yang bersama-sama beliau ketika safar umrah tersebut : https://www.youtube.com/watch?v=i3W6XdaQ92M













Pengebumian beliau : https://www.youtube.com/watch?v=eK2LTttM4aA

https://www.youtube.com/watch?v=zaBGdyIgyPU
https://www.remaja.my/kematian-rakyat-malaysia-ini-jadi-viral-kerana-meninggal-depan-makam-nabi-semalam-apa-kebaikan-dilakukannya-2/

https://www.facebook.com/KualaLangatSejahtera/posts/1908048692579298

Mohd Taufiq Al-Malizi Sejak viralnya gambar seorang pendakwah ini ana terus renung wajah beliau kerana wajah beliau seperti pernah ana bertemu di Masjid Seri Petaling pada tahun 2015..

Bila ana renung rupanya benar dan sahih beliaulah orang yang makan setalam dengan ana di 
tepi koridor Masjid Seri Petaling sebelah kantin tersebut...

Beliau sendiri yang ambil makanan untuk makan bersama dengan 3 orang lagi jemaah yang sedang menunggu giliran...

Allahurabbi, ana sungguh terkejut dan berasa tenang kerana mendengar berita beliau pergi di sisi makam Rasulullah..

Seingat ana masa siap sahaja makan, ana yang sepatutnya membasuh talam tersebut...bila siap sahaja beliau berpesan kepada ana,nanti sudah siap makan letak je, nanti Abg Bad basuh...

Dah la beliau yang tolong ambik makanan, siap beratur ambil makanan kemudian talam selepas di gunakan pun beliau nak basuhkan..bahkan bukan talam, air pun beliau siap tolong ambilkan..

Memang patutlah beliau pergi dengan keadaan yang sangat mulia...

Masa tu jika diikutkan ana makan dengan jemaah ana yang datang dari Pahang..Di sebabkan rakan jemaah ana menghilang dan ada yang masih beribadah beliau pelawa ana makan sekali..
Gelaran yang beliau panggil kepada ana adalah Syeikh...

Selepas 3 hari berkampung di Seri Petaling kami masing2 pulang ke kampung..Beliau pula dikhabarkan akan keluar 40hari...

Sejak dari situ ana dengan Abg Bad berpisah..

Dari tahun 2015 hingga kini ana berpisah dengan beliau..kemudian dapat tahu beliau sudah tiada, meninggal semasa berada di sisi makam Rasulullah

Al Fatihah..Moga Roh dan Jasad Abg Bad bersama orang yang beriman..pergi pula di bulan yang mulia...

Aamiin...

Razi
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْي
َضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah dia."

MENINGGAL DIHADAPAN MAQAM RASULULLAH SAW

Hari ini saya mendapat khabar yang sangat mengejutkan mengenai kematian seorang ahbab dakwah dikenali dengan Abg Bad (nama sebenar Badrul Munir) yang sangat cinta kepada ulamak dan madrasah sehingga dia juga dicintai penduduk langit dan bumi ...

Pemergiannya sangat indah !

1. Meninggal di dalam Masjid Nabawi
2. Betul-betul tepat di hadapan maqam Rasulullah SAW
3. Sedang berpuasa
4. Sedang mengerjakan ibadah umrah
5. Pada malam Jumaat
6. Pada fasa terakhir Ramadhan, 10 hari terakhir

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah (berdoalah untuk dpt mati di sana) ... Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Beliau merupakan orang yang telah beri seluruh hidupnya untuk berkhidmat bagi :

1. Urusan visa jemaah-jemaah yang ingin khuruj fi sabilillah dan pelajar madrasah
2. Safar ulamak dan masyaikh dakwah
3. Khidmat madrasah

Begitulah natijah yang Allah SWT telah tunjukkan pada kita betapa tingginya nilai khidmat dan cinta pada ulamak dan ahli agama .

Jika tidak menjadi seorang alim, jadilah orang suka pada ilmu, jika tidak jadilah orang yang cinta pada ulamak dan jika tidak janganlah jadi orang yang membenci ulamak dan ilmu .

Subhanallah !

Kematian yang sangat dicemburui !

Ya Allah pilihlah kami mati di jalan-Mu dan husnul khatimah !

Aamin Ya Rabbal Alamin