Monday, December 23, 2013

Pergerakan Jemaah Disember 2013

3 Hari Keluar
1. Simpang Tiga Keladi ke Masjid Darul Aman 2, 3, 4 Dec 2013.
2. Simpang Tiga Keladi ke Surau Kg Paya, Kepala Batas 20, 21, 22 Dec
3. Padang Tembak ke Masjid Pantai Kamlun, Kepala Batas 21, 22, 23 Dec
4. Taman Haruan ke Kg Sentosa, Padang Serai

10H Masturat ke Miri dan Jitra

Jemaah Masuk


Thursday, December 5, 2013

Adab Bertamu / Adab Ziarah

adapun apabila berkunjung ke rumah saudara kita, hendaklah berdiri di pinggir pintu, sebelah kanan atau pun kiri, dan tidak berdiri berhadapan dengan muka pintu, supaya pandangan tidak terus masuk ke dalam rumah apabila pintu dibuka, seperti mana arahan Nabi sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang berikut;


Daripada Huzail rahimahullah meriwayatkan bahawa Sa'ad radhiallahu anhu datang ke rumah Nabi sallallahu alaihi wasallam, berhenti dan berdiri di hadapan pintu meminta izin untuk masuk. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda," Berdirilah di sebelah kanan atau kiri dari pintu (jika tidak pandanganmu mungkin akan jatuh ke dalam rumah ketika kamu berdiri di hadapan pintu). Meminta izin itu tujuannya ialah supaya kamu tidak melihat ke dalam ( Hadis riwayat Abu Daud ).

Muntakhab Hadits, Ikramul Muslimin, Hak-hak Orang Islam, hadis ke 109.

Tuesday, December 3, 2013

Seketika di Jalan Allah

adapun melapangkan masa untuk bermujahadah di jalan Allah itu amatlah tinggi nilainya, seperti mana sabdaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadisnya;


Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,"Seketika di jalan Allah, adalah lebih baik daripada beribadat pada malam Lailatul Qadar, di hadapan Hajarul Aswad". (hadis riwayat Ibnu Hibban ).

Muntakhab Hadits, Fadhilat Keluar di Jalan Allah, hadis ke 78.


Sunday, December 1, 2013

Kaki-kaki yang dilekati Debu di Jalan Allah





Daripada Abu 'Absin radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Kaki-kaki yang dilekati debu di jalan Allah, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka". ( hadis riwayat Musnad Ahmad ).

Muntakhab Hadits, Kelebihan Keluar di Jalan Allah, hadis 54.