Kalaulah satu org yg bukan beriman
dilahirkan dlm keadaan kekufuran, hidup dlm kekufuran, hidup dlm
suasana tanpa agama tanpa iman, mati tanpa iman adalah perkara biasa.
dan Allah Maha bermurah hati, Allah matikan sesetengah org yg hidupnya
dlm kekufuran tetapi mati dgn beriman. Tetapi org yg dilahirkan dgn
iman, yg hidup dgn iman, yg dipanggil sbg org islam, yg dipanggil sbg
org yg beriman spt kita ni semua, kita seharusnya takut, kerana
dikalangan org yg hidupnya beriman pun ada yg mati tanpa iman. Satu org
yg mati dgn iman Allah janjikan syurga yg luasnya 10x ganda dunia. Utk
itulah usaha atas iman sngt penting. Untuk org yg sudah ada iman kita
kena buat usaha atas iman, dakwah atas iman.
Ada 2 jenis dakwah; dakwah islam
dan dakwah iman. Dakwah iman adalah keperluan utk setiap org yg beriman,
Hukumnya fardhu ain. Sesetengah org beranggapan apabila jemaah
menziarahi mereka berckp tentang iman, mendakwahkan iman, mereka akan
berkata,
‘Kenapa dakwah kami, kami sudah islam, pergilah kpd org2 bukan islam’.
Saudara yg mulia, sebenarnya perintah dakwah iman ini adalah utk setiap org yg sudah beriman. Allah beritahu dlm quran,
‘Wahai org2 yg beriman, beriman lah kamu sebagaimana org2 yg telah beriman’.
Bagaimana org yg telah beriman
iaitu para sahabat radhiallahu taala anhum telah beriman kpd Allah
Taala, mereka telah usaha atas iman mereka sehingga drp asalnya
sesetengah sahabat ada yg menyembah berhala, namun mereka telah beriman
dan usaha atas iman sehingga mereka dipanggil org yg beriman. Pada
mulanya Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhan Naas’ tetapi setelah mereka usaha atas iman mereka, setelah mereka beriman Allah seru mereka dgn panggilan ‘Ya Ayyuhallazina Amanu’. Allah telah sebut org2 yg beriman ‘mu’minin, mu’minat’
lelaki2 yg telah beriman, wanita2 yg telah beriman. Beriman dgn apa?
beriman dgn perkara yg ghaib, dgn syurga dan neraka, dgn pahala dan
dosa, malaikat, semua janji2 Allah iaitu semua perkara2 yg tidak nampak.
Sehinggakan para sahabat dan sahabiyah telah capai keimanan, seolah2
bagaimana kita nampak dunia dgn mata kasar kita, mereka nampak akhirat
dgn mata hati mereka.
Suatu hari seorang sahabat ditanya oleh Rasulullah saw,
‘Wahai sahabatku, bagaimana keadaan kamu pagi ini?’
Jawab sahabat,
‘Wahai tuanku, saya pagi2 ini dalam keadaan iman yg sempurna.’
Kata Baginda saw,
‘Setiap pengakuan haruslah ada buktinya, apakah bukti kamu?’
Maka sahabat bagitau,
‘Seolah2
saya dgr goresan2 pena malaikat menulis dalam buku amalan saya, bila
kebaikan dibuat ditulis dalam buku amalan sebelah kanan, bila dosa
dibuat dicatit dalam buku amalan sebelah kiri saya,’
Bagaimana Sahabat boleh mendengar
sebegitu rupa? Kerana telinga yg sudah dimasuki iman, mata yg sudah
dimasuki iman. Seorang sahabat juga memberitahu,
‘Seolah2 saya dapat melihat pandangan syurga, penghuni2 syurga sedang berada dlm keadaan bahagia dalam nikmat Allah ta’ala,
bersalam salaman dan menziarahi dlm nikmat Allah Taala. dan mata ini
seolah2 melihat penghuni2 neraka yg sedang bergaduh antara satu sama
lain, mereka berada dalam tempat yg sempit dalam keadaan azab neraka yg
sangat pedih.’
Saudara yg telah dimuliakan oleh
Allah swt, utk usaha atas iman inilah baginda saw dan para sahabat
mereka telah bersusah payah, bersungguh2 utk menanggung kesusahan demi
agama Allah swt. Agama telah dtg dlm kehidupan mereka. di Mekah mereka
telah menanggung kesusahan, seorang sahabiyah, Zinnirah (ra) telah
kehilangan pandangan matanya, dia telah buta setelah disiksa oleh kaum
mushrikin, kemudian dia telah berdoa pada Allah dan telah dakwah pada
kaum mushrikin bahawa:
‘Allah
yg sama dahulu telah beri penglihatan pada mata saya, sebenarnya Allah
yang sama telah ambil penglihatan saya dan Allah yang sama jua lah yang
akan kembalikan penglihatan mata saya.’
Dan dia beritahu pd Abu Jahal,
‘Bukan engkau, engkau pun tidak mampu buat apa2.’
Dan setelah Abu Jahal penat
memukulnya, Allah swt telah kasihan pada Zinnirah (ra) maka Allah telah
kembalikan penglihatanya dan penglihatannya lebih terang drpd
sebelumnya.
Saudara yg telah dimuliakan oleh
Allah swt, para sahabat dan sahabiyah telah berkorban dan berkorban utk
agama Allah swt, sehingga ada yg disiksa, dicemeti, dipukul, ditombak,
ditarik badannya sehingga terbelah dua oleh kuda yg berlari dlm arah yg
bertentangan. Sahabiyah2 ada yg kebuluran, sehingga anak2 mereka mati
dlm pangkuan mereka, tetapi mereka terus buat usaha atas agama, usaha
atas iman. kerana mereka telah faham dgn iman yg betul yang sahih pada
Allah, barulah Allah Taala akan beri kejayaan. Kejayaan yg sebenar
adalah bila iman yang sahih berada dlm lubuk hati kita. Satu org yg mati
dgn iman yg sahih barulah diterima oleh Allah Taala. Jika iman rosak,
dan ditolak oleh Allah, maka bau haruman syurga pun diharamkan. Jadi
para sahabat dan sahabiyah (ra) telah berusaha dan usaha utk agama
sehingga dtg pula perintah utk berhijrah. Kalau di Mekah mereka terpaksa
menanggung kesusahan, sekarang mereka pula kena tinggalkan kampung
halaman, itupun mereka harungi, mereka tempuh juga dan berhijrah ke
Madinah demi agama. Di Madinah mereka terpaksa pula berperang saudara.
Ahli keluarga mereka yg belum beriman memerangi mereka, dari Mekah org
mushrikin bentuk angkatan tentera sebanyak 1000 org dlm peristiwa badar,
dan para sahabat hanya seramai 313 orang. Mereka harungi juga kepayahan
dlm peperangan utk agama Allah swt.
Dalam peristiwa Uhud pula mereka
telah berperang sehingga org spt hadhrat Hamzah (ra) bapa saudara
baginda saw telah disyahidkan. Hamzah (ra) adalah org yg sangat hampir
dgn baginda saw, baginda saw sangat menyayanginya. Tetapi utk agama
Allah swt ini, dadanya telah terbelah, jantungnya telah dikeluarkan dan
cuba dimakan oleh seorang wanita mushrik, namun tidak berjaya. Dapat
kita bayangkan bagaimana sedih baginda saw. Baginda saw yg begitu hebat
orangnya begitu cekal melihat pakciknya yg begitu disayanginya hari ini
telah terkorban terbujur dihadapan matanya. Begitu juga 70org sahabat yg
lain, sepupu baginda saw Abdullah bin Jahsh (ra) juga turut terkorban
dan ramai sahabat2 yang besar yg lain. Baginda saw beritahu,
‘Kalaulah sebelum ini satu nyawa dibalas dgn satu nyawa, hari ini utk org spt Hamzah (ra), 70 nyawa akan dibalas,’
Maka Allah turunkan wahyu,
‘Wahai
nabiku, sesungguhnya satu nyawa ini hanya layak dibalas dgn satu nyawa,
tetapi sekiranya kamu inginkan kebaikan dari Tuhan kamu maka memaafkan
adalah lebih baik,’
Subhanallah. Inilah pengorbanan
perasaan nabi saw dan para sahabat (ra) yang ditanggung demi perintah
Rabb mereka. Dan begitu juga ramai wanita2 telah kehilangan suami2
mereka, namun itupun mudah utk mereka, demi agama Allah swt.
Saudara yg dimuliakan oleh Allah
swt, apabila Khaleed bin Waleed (ra) hendak dtg ke Madinah utk memeluk
agama Islam, dia telah beritahu, ‘Bila
Allah hendak bukak hati aku utk dtg pada cahaya petunjuk ini, maka hati
ini telah berbelah bagi, ragu2. kerana aku, telah ramai org2 terbunuh,
wanita2 kehilangan suami mereka, anak2 kehilangan kasih saying drpd bapa
mereka.’
Bagaimanapun dia telah cekalkan
hati nya, pergi depan kaabah dan jemput ramai org2 quraisy yg ternama.
Mereka apabila dgr jemputan dr Khaleed bin Waleed, perwira mereka yg
handal memerangi org Islam, mereka pun dtg dan bertanya apakah hajat
hendak mengumpulkan kami semua. Maka dia dgn berani nya memberitahu,
‘Sekarang tiba masanya utk kita beriman dgn agama yg dibawa oleh Muhammad’.
Begitu berani nya Khaleed (ra) dan
kemudiannya dia telah menuju ke Madinah, namun dalam hatinya masih
berat memikirkan yang dia telah mengorbankan ramai org islam.
Pada masa yg sama org2 di madinah
telah dibentuk oleh Baginda saw dgn perasaan korban utk agama Allah swt,
bukan sahaja mereka telah beriman, suatu masa dahulu mereka telah
menanggung kesusahan, penderitaan di Mekah utk iman, maka hari ini
mereka telah dapat kemanisan iman, mereka telah dipanggil org yg
beriman, wanita2 yg beriman, mereka telah faham apa nikmat iman nilai
iman ini, maka keinginan mereka adalah utk semua org datang pada iman.
Jadi apabila berita Khaleed dtg ke madinah tersebar, Baginda saw
beritahu,
‘Hari ini Mekah akan mengutuskan permatanya,’
Maka org2 madinah menunggu
kedatangannya berebut2 utk menjemputnya berjumpa Baginda saw. Bukan itu
sahaja, apabila org2 madinah telah mendengar Khaleed bin Waleed hendak
memeluk Islam, kanak2 dan wanita telah keluar dr rumah mereka, melihat
kedatangan Khaleed bin Waleed. Maka seolah2 anak2 ini beritahu,
‘Wahai
Khaleed, kerana kamu kami telah kehilangan kasih sayang bapa kami tetapi
demi iman utk kamu supaya kamu selamat drpd neraka Allah, itu kami
gembira,’
Seolah2 wanita2 ini memberitahu padanya,
‘Wahai
Khaleed, kerana kamulah rumahtangga kami telah musnah, kami telah
dipisahkan drpd kasih sayang suami kami tetapi demi iman utk kamu supaya
kamu selamat drpd neraka Allah, maka itu kami terima. kami redha dgn
Allah swt.’
Jadi saudara yg dimuliakan oleh
Allah swt, sahabat2 mereka telah korban mereka telah faham, Allah telah
masukkan kemanisan iman dlm hati2 mereka, Allah telah bina keyakinan yg
sejati dlm diri mereka, sehingga mereka inginkan mahukan agama ini pada
seluruh manusia. Keinginan dan kefahaman mereka sama spt keinginan dan
kefahaman Baginda saw, baik lelaki mahupun wanita.
Suatu ketika telah dibentuk suatu
jemaah yg terdiri di antaranya Hisham bin Al Asr (ra) bersama saudaranya
hadhrat Amr bin Al Asr (ra) dan hadhrat Amr telah dijadikan amir
(ketua) utk jemaah tersebut. Mereka telah pergi ke suatu tempat dan di
sana musuh telah bunuh saudara dia Hisham (ra) dan mereka telah letakkan
jasad tubuh saudaranya ini di tengah2 jalan di genting di antara dua
gunung yang dikiri kanannya hanya gaung. Dan semua sahabat2 kena
melintasi jalan ini utk menyempurnakan takaza mereka. dan didepan nya
adalah amir saab, ketua rombongan para sahabat dan bila amir lihat
didepan jalannya terbujur seorang sahabat, saudara lelakinya sendiri,
tetapi di depan sana adalah takaza agama, jemaah kena dihantar ke sana,
baginda saw telah utus mereka utk sesuatu maksud utk bawa agama ke sana.
dan musuh2 ini telah buat perangkap utk mereka. Namun tidak ada
sesuatupun yg dpt menghalang mereka, mereka telah jelas akan maksud
mereka dihantar oleh nabi saw, maka diberitahu kpd para sahbat kita
teruskan perjalanan kita. dan semua unta dan kuda sahabat jalan terus
pijak jasad saudara lelakinya. Jadi saudara yg dimuliakan oleh Allah
swt, kita boleh bayangkan kaki2 kuda telah pijak jasad tubuh sahabat yg
mulia yg telah syahid ini sehingga semua badannya hancur. Namun terus
mereka pergi sempurnakan tugas2 mereka dan kemudian kembali. Kemudian
hadhrat Amr bin al Asr (ra) telah turun dari kudanya dan pergi pada
tempat dimana mayat saudaranya terbaring tadi, dia ambil satu karung beg
dia telah kumpulkan bekas2 jasad abangnya tadi, daging dan tulang2 yg
telah hancur telah dikumpulkan dgn berlinangan air mata sehinggakan
sahabat yg menemaninya boleh melihat dia menangis. Dikatakan angin batu
pasir telah menjadi saksi bagaimana sahabat telah menanggung perasaan
sebegitu rupa utk usaha agama. Maka sehingga hari ini agama telah
tersebar kita semua telah dpt iman dlm kehidupan kita atas asbab
pengorbanan dan usaha mereka.
Jadi saudara yg dimuliakan dan
dikasihi oleh Allah swt, inilah usaha agama yg sebenar. Kerana
pengorbanan para sahabat, kerana pengorbanan isteri2 mereka, pengorbanan
anak2 mereka hari ini kita di Malaysia, di asia tenggara dan seluruh
dunia agama telah sampai kepada kita. Kerana Allah telah suka, Allah
telah gembira dgn pengorbanan mereka. Jadi agama ini sebenarnya adalah
melalui pengorbanan. Untuk dapatkan iman utk hasilkan iman dlm diri
kita, kita kena menanggung pengorbanan. Untuk dptkan iman utk manusia
sejagat pengorbanan kena dibuat. Sebab itulah jemaah2 kena dibentuk kena
hantar dan utuskan suami2 dan anak2 kita di jalan Allah swt. supaya
Allah akan lihat usaha pengorbanan ini dan Allah akan terima dan
sebarkan hidayat ke seluruh alam. Allah akan datangkan manusia kpd agama
dari seluruh pelusuk alam. Bila wanita2 telah faham akan keinginan
baginda saw, maka mereka telah jadikan keinginan mereka spt keinginan
Baginda saw.
No comments:
Post a Comment