Sunday, May 8, 2011

Tuduhan Berzina

aku ada terdengar suatu tazkirah baru-baru ini.
berikut adalah sebahagian daripada tazkirah yang panjang itu.

kisah ini berlaku pada masa Imam Malik rahmatullah alaih.
seorang telah meninggal dunia (tidak dinyatakan sama ada jenazah itu lelaki atau wanita ). Ketika Jurumandi Jenazah mencuci kemaluan mayat, tangan Jurumandi telah melekat di kemaluan mayat. walaupun telah dicuba berkali-kali untuk menarik tangannya, tetapi masih tetap terlekat di kemaluan mayat.

setelah beberapa lama masa berlalu, dan masih tiada jalan penyelesaian, maka masalah ini telah ditanya kepada ulamak yang ada.

sebahagian ada yang berkata supaya menyiat kulit tangan Jurumandi supaya tangannya dapat dipisahkan. ada yang membangkang kerana kasihan kepada Jurumandi.

sebahagian berkata supaya dipotong kemaluan mayat. ada yang membangkang kerana ia adalah menyiksa jenazah.

mereka saling bantah-membantah dan tidak dapat mencari jalan penyelesaian. kemudian mereka teringat bahawa ada ulamak yang lebih faqih daripada mereka iaitu Imam Malik rahmatullah alaih, lalu mereka pergi dan bertanya kepada Imam Malik rahmatullah alaih akan masalah ini.

Imam Malik rahmatullah alaih menyarankan supaya disebat Jurumandi itu dengan 80 sebatan.

maka mereka pun menyebat Jurumandi tersebut. sebaik sahaja sebatan yang ke-80 selesai, maka terlepaslah tangan Jurumandi daripada kemaluan jenazah.

maka orang-orang bertanya kepada Jurumandi apa sebenarnya yang telah berlaku.

berkata Jurumandi,"ketika aku mencuci kemaluan jenzah, terdetik di dalam hatiku bahawa mungkin jenazah ini telah berzina."

Pelajaran ini adalah untuk saya dan Tuan-Puan semua.

Bersangka buruk dan mencari-cari keburukan adalah dilarang oleh Allah Taala.

seperti mana firman Allah Taala;

" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu
kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Allah) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha
Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Menuduh seseorang berzina adalah suatu tuduhan yang berat, dan perlu mengemukakan empat orang saksi yang adil, jika tidak, maka penuduh layak dikenakan 80 sebatan.

seperti mana firman Allah Taala;

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur 24:4, 5)

di dalam kisah di atas, Jurumandi hanya membuat tuduhan di dalam hatinya sahaja, tiada siapa (manusia) pun yang mendengarnya. itupun telah dianggap bersalah dan perlu dibersihkan melalui 80 sebatan.

oleh itu sangat penting untuk saya dan Tuan-Puan supaya tidak cepat melatah dan bersangka buruk atau menuduh seorang yang lain dengan tuduhan yang tidak diketahui kebenarannya, sekadar mendengar orang-orang bercerita.

sering kali kita dipesan, jika terdapat 99 kebaikan dalam diri kita, dan ada hanya satu keburukan dalam diri kita, hendaklah kita memerhatikan akan satu keburukan tersebut. sebaliknya jika terdapat 99 keburukan pada diri saudara kita, dan terdapat hanya satu kebaikannya, maka hendaklah kita memandang kepada satu kebaikan tersebut.

mungkin ada baiknya, ya, saya berkata mungkin, jika saya dan Tuan-Puan membaca artikel yang ditulis di :
http://drmaza.blogspot.com/2007/02/isu-tajassus-dalam-operasi-pencegahan.html
http://subulassalam.blogspot.com/2009/05/yusuf-qardawi-tentang-tuduhan-zinaliwat.html.

No comments:

Post a Comment