di antara isi kuliah tersebut;
Tujuan membaca Surah Faatihah ketika permulaan majlis bukanlah untuk mendapatkan berkat, tetapi sebagai doa supaya diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Ini adalah kerana di dalam surah itu terdapat kalimah doa, iaitu ayat "ihdinassiraathal mustaqiim", yang bermaksud "pimpinlah kami ke jalan yang lurus".
Ada pun kita memohon doa supaya dipimpin ke jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah dilalui oleh Nabiyyiin, Siddiiqiin, Syuhadaa dan Shoolihiin.
Ada pun kepada para Nabi alaihimussalam itu menjadi kewajiban kepada mereka untuk BERSYUKUR apabila diberi NIKMAT, BERSABAR apabila ditimpa MUSIBAH dan REDHA apabila diuji dengan QADHA KESAKITAN.
Ada pun Nabi Zakaria alaihissalam, apabila diuji dengan kelakuan Bani Israel, yakni apabila ia dikejar oleh kaumnya lalu Baginda alaihissalam menyembunyikan diri di dalam pokok, dan kemudian Baginda alaihissalam digergaji, ketika terkena kepalanya Nabi Yahya alaihissalam berkata "Aduh!". Maka Allah Taala menghantar malaikat mengirimkan salam kepada Nabi Zakaria alaihissalam dan mengkhabarkan bahawa jika Baginda alaihissalam sekali lagi berkata "Aduh" maka akan dilucutkan nikmat kenabiannya.
Berfirman Allah Taala di dalam al-Quran;
"la in syakartum la aziidannakum wa la in kafartum inna 'azaabii lasyadiid". yang bermaksud "jika kamu bersyukur, kami akan tambahkan nikmat kami, sebaliknya jika kamu kufur, maka azabku adalah amat pedih".(al-Quran, Ibrahim ayat 7)
Berkata Imam Ghazali rahmatullah alaih bahawa yang dimaksudkan dengan "kufur" di sini ialah kufur nikmat dan bukanlah kufur iktikad.
Kufur iktikad mengeluarkan seseorang daripada millah Islam, sementara kufur nikmat tidak mengeluarkan seseorang daripada millah Islam.
Kufur nikmat, menurut Imam Ghazali rahmatullah alaih ialah menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk menentang Allah.
Nikmat-nikmat seperti penglihatan, pendengaran, pemikiran, kepandaian, harta, wang ringgit, kesenangan, kesihatan, kebolehan makan dan lain-lain digunakan untuk menentang Allah.
Dalam pengertian yang lain, kufur nikmat Allah itu ialah menggunakan nikmat pada jalan yang dibenci oleh Allah.
Apabila disebut perihal bersyukur, aku teringat akan kisah Nabi Musa alaihissalam dengan arnab.
Aku pernah mendengar, tapi bukan membaca daripada kitab. konon-kononnya, kisah ini ada di dalam kitab, tetapi aku tidak tahu kitab apa.
ada kemungkinan kisah ini kisah Israeliyyat. oleh itu, janganlah kalian menerimanya sebagai "primary proof".
sekalipun kisah ini tidak benar, seperti mana drama swasta dan filem Hollywood dan Bollywood yang mungkin ada kita tontoni, ia tetap memiliki pelajaran dan teladannya sendiri.
ambillah teladannya, dan peganglah al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama.
Suatu ketika Nabi Musa alaihissalam melewati kawasan penempatan arnab. Arnab-arnab mengadu kepada Nabi Musa alaihissalam bahawa hujan telah lama tidak turun. Ini menyebabkan tanaman banyak yang mati, dan begitu juga dengan arnab-arnab kerana kebuluran.
Arnab meminta Nabi Musa alaihissalam untuk bertanya kepada Allah Taala bilakah hujan akan diturunkan.
Setelah pulang dari bermunajat, Nabi Musa alahissalam mengkhabarkan bahawa Allah Taala akan menurunkan hujan selepas sepuluh tahun. Apabila mendengar jawapan ini, maka arnab-arnab telah melompat kegirangan dan kesyukuran kerana hujan akan diturunkan selepas sepuluh tahun.
Mereka gembira kerana sekalipun mereka tidak berpeluang untuk hidup, anak-anak dan keturunan mereka nanti insya Allah akan menikmati hujan tersebut.
Allah Taala sangat suka dengan sikap yang ditunjukkan oleh arnab-arnab lalu menurunkan hujan pada keesokan harinya.
Pelajarannya, perbuatan bersyukur sangat-sangat disukai Allah Taala dan dapat menarik rahmat Allah dengan cepat.
ada disebut dalam sebuah hadis, "Orang yang makan dan bersyukur sama disukai Allah dengan orang yang berpuasa".(mungkin riwayat Tarmizi)
Mungkin mudah untuk bersyukur ketika berada dalam nikmat, tetapi bersyukur ketika dalam musibah kelihatan agak sukar untuk dilakukan. walau bagaimana pun, arnab-arnab itu telah berjaya bersyukur dalam situasi yang meruncing itu.
orang putih kata, "Always look on the bright sight".
Kata Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah Taala kepada kamu. (Muttafaq ‘Alaih)
Dalam riwayat al-Bukhari yang lain melalui tariq al-A’raj daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu lebih jelas khusus dengan harta dan rupa fizikal bukan dalam bab ketaatan kepada Allah dan mencari ilmu.
Kata Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada orang yang diberikan kelebihan dari segi harta dan rupa maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya." (al-Bukhari, no: 6490)
walau bagaimana pun, dalam hal ketaqwaan , kesolehan dan semangat menuntut ilmu, hendaklah melihat kepada orang yang lebih tinggi darjah mereka.
aku pernah mendengar suatu kisah, malangnya tidak mengingati sumbernya. maafkan aku dalam hal ini, boleh saja kalian menolaknya jika meraguinya.
Suatu ketika, Umar bin Khattab radhiallahu anhu sedang bertawaf. Beliau mendengar seorang hamba Allah berdo'a, "Ya Allah, jadikanlah aku termasuk ke dalam golongan yang sedikit". (orang putih kata golongan minoriti).
Selesai tawaf, Umar radhiallahu anhu mendatangi hamba Allah itu dan bertanya mengapa beliau berdoa sedemikian.
Hamba Allah itu menjawab, "Kerana aku mendengar Allah Taala berfirman,
"Benar engkau!" kata Umar radhiallahu anhu.
Moga-moga akupun menjadi hamba yang selalu bersyukur.
No comments:
Post a Comment