kisah bermula apabila aku membuka akhbar Utusan Melayu Mingguan pada hari ini.
aku ini jarang-jarang membeli akhbar (ini kerana akhbar percuma boleh didapati dengan mudah), dan Utusan Melayu Mingguan bukanlah akhbar yang selalu dibaca. lazimnya aku membeli akhbar hanya apabila ada artikel yang perlu disimpan.
aku jadi keliru seketika apabila membaca tajuk di atas.
"Eh! Ni lagu mana nak baca ni?" detik hati kecilku.
"Mak Dara Popa?" aku mengagak demikian kerana huruf Urdu menggunakan ba dengan tiga titik untuk sebutan Pa seperti mana ejaan Pakistan.
"Tapi kalau ikut rentak, Mak Dara Nyonya lebih sesuai," aku berfikir secara kritis.
"Tapi, bukankah NYA tiga titik di atas?" aku menggaru kepala yang tidak gatal.
jawapannya mungkin ada di google.
Google menyatakan bahawa Mak Dara Nyonya adalah sebuah teater.
Wikipedia pula memberikan jadual huruf di bawah.
Dengan itu jelaslah bahawa huruf tersebut ialah huruf "nya".
Akhbar Jawi sebenarnya bukanlah asing bagiku. aku telah membaca Utusan Zaman pada masa kegemilangannya. Ruangan yang paling aku sukai ialah ruangan kartun. pada zaman dahulu ada kartun Nancy. bukan bahasa inggeris ya! ia dalam bahasa melayu tulisan jawi.
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Nancyernie6560.jpg
dan sepatutnya bukanlah aku tidak tahu bahawa "nya" ditulis sedemikian apabila berada di tengah perkataan.
kelupaan ini berlaku kerana kita/ aku telah tidak selalu membaca tulisan jawi.
Oh!Ya. mungkin tidak di Kelantan. Ini kerana di sana papan tanda dan nama kedai masih ditulis dalam jawi selain rumi dan kanji.
apa-apa pun, jika telah lama ditinggalkan/ tidak diamalkan akan hilang dari ingatan. Penghafal al-Quran pun, jika telah terlalu lama tidak membacanya, akan mencapai satu tahap tidak dapat mengingati hatta surah al-Fatihah sekalipun. dan ini pernah terjadi.
sebaliknya, apa-apa yang kita tidak mahir pada mulanya, jika terus dilatih dan diusahakan, akan insya Allah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam bidang tersebut. dan ini telah berlaku kepada seorang manusia bernama Prof Dr Kang Kyoung Seok dari Korea.
salah satu buku yang dikarang oleh beliau :
kredit kepada Tuan Hj Idris Talu.
No comments:
Post a Comment