Sunday, May 1, 2011

Adab Tidur - Membaca Surah as-Sajadah dan al-Mulk

Manusia tidur dengan pelbagai gaya. Namun gaya yang paling disukai oleh Allah Taala ialah gaya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam tidur.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam biasanya tidak akan tidur sehinggalah selesai membaca surah as-Sajadah dan surah al-Mulk.

Oleh itu, jika boleh, saya dan kita semua bacalah kedua surah ini pada bila-bila masa bermula selepas maghrib sehinggalah sejurus sebelum tidur.

Moga-moga, kita memperolehi keredhaan Allah Taala yang kita dambakan itu.


Hadis dipetik daripada Kitab Muntakhab Hadis, Bab Ilmu dan Zikir, Seksyen Kelebihan al-Quran, hadis ke-54.

No comments:

Post a Comment