Tuesday, May 3, 2011

Adab Bertamu - Jangan Lihat ke dalam Rumah

Seringkali diperingatkan ketika berkunjung ke rumah saudara kita, atau rumah mana-mana manusia pun, supaya tidak berdiri di hadapan pintu rumah Tuan Rumah. Hendaklah berdiri di sebelah pintu, sama ada di kiri ataupun kanan, supaya apabila Tuan Rumah membuka pintu, pandangan tidak terus masuk ke dalam.

Ini adalah kerana maksud salam adalah untuk meminta izin masuk ke dalam rumah. Sekiranya pandangan mata telah masuk ke dalam rumah, maka seolah-olah jasad pun telah masuk ke dalam rumah sebelum Tuan Rumah memberi izin masuk.

Demikian riwayat Abu Dawuud, hadis dipetik daripada Kitab Muntakhab Hadis, Bab Ikramul Muslimin, Seksyen Hak-hak Orang Islam, hadis ke -109.

Diingatkan juga supaya memberi salam hanya sekadar 3 kali.

Anas radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa
Sesungguhnya Baginda sallallahu alaihi wasallam apabila memberi salam memberinya sebanyak 3 kali, dan apabila baginda bercakap suatu perkataan baginda mengulangnya sebanyak 3 kali.  ( Sahih Bukhari, Jilid 8 , hadis ke -261)

Jika tiada jawapan selepas 3 kali maka hendaklah beredar ( dengan sangkaan yang paling baik ). Demikianlah arahan daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seperti hadis ke-111 dalam Kitab Muntakhab Hadis, Bab Ikramul Muslimin, Seksyen Hak-hak Orang Islam.


Demikian juga firman Allah Taala di dalam Surah an-Nur ayat 27. Hendaklah beredar jika tidak diberi izin oleh Tuan Rumah.



Sesungguhnya kejayaan sebuah kunjungan ialah sejauh mana adab dan tertib yang telah digariskan oleh Allah Taala dan RasulNya dapat dipatuhi.

No comments:

Post a Comment