Khutbah Pertama
Alhamdulillah. Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Amma ba'adu,
Fa ya ayyuhal muslimun, ittaqullaha haqqa tuqatih wa la tamuutunna illa wa antum muslimun.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah,
Hari ini tanggal 13 Zulhijjah, merupakan hari terakhir daripada hari-hari Tasyrik. Hari terakhir untuk para jemaah haji melakukan ibadat melontar jamrah. Mungkin ada sebahagian jemaah haji yang telah mula bergerak meninggalkan Kota Mekah.
Haji merupakan rukun Islam ke lima dan merupakan salah satu kefardhuan yang wajib kita melakukannya dan mempelajarinya. Firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(Surah Ali-Imran, 97)
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ، وَحَجِّ الْبَيْتِ لِمَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلاً
Maksudnya: “Islam diasaskan atas lima perkara, iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu mengunjunginya.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim (122)
Qadhi Iyadh rah. telah menulis sebuah kisah di dalam kitabnya "as-Syifaa". Satu rombongan telah pergi menemui Hadrat Saadon Khawlani rah.dan telah menceritakan suatu kisah kepada beliau, bahawa suatu puak daripada kabilah Qutamah telah membunuh seorang lelaki dan mereka cuba membakar mayatnya. Sepanjang malam api dinyalakan untuk membakar jenazahnya tetapi sedikit pun tidak memberi kesan kepada mayat tersebut. Hadrat Saadon rah. berkata, "Boleh jadi si mati telah menunaikan haji sebanyak 3 kali ". Mereka menjawab, "ya, dia telah menunaikan haji sebanyak 3 kali". Hadrat Saadon rah berkata "Aku telah mendengar sebuah hadis bahawa barangsiapa mengerjakan sekali haji, dia telah menunaikan hak Allah ke atasnya, barang siapa menunaikan haji dua kali, dia telah memberi hutang kepada Allah, dan barang siapa menunaikan haji tiga kali, Allah akan mengharamkan api daripada membakar kulit dan rambutnya".
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk menunaikan rukun Islam yang ke-lima ini.
Baarakallahu li walakum fil quranil a'zim. Wanafa'ani waiyyakum bima fiihi minal aayati wazzikril hakim. Wataqabbala minni waminkum tilawatahu. innahu huwassami'ul 'alim.
Aquulu qauli haaza wa astaghfirullahal 'aziim lii walakum wa lisaairilmuslimin. Fastaghfiruuh, innahu huwal ghafuururrahim
Khutbah kedua
Alhamdulillah. Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu an naa Muhammadan Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Amma ba'adu,
Fa ya ayyuhal muslimun, ittaqullaha haqqa tuqatih wa la tamuutunna illa wa antum muslimun.
Qalallahu taala : Innallaha wa malaikatahu yusolluna 'alan Nabiy. Ya ayyuha llazina aamanu sollu alaihi wasallimu taslima.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Allahumaghfir lilmuslimina wal muslimat. wal mu'minina wal mu'minat. al ahyaai minhum wal amwat . Ya qadhiyal hajat.
'Ibadallah. Innallaha ya'muru bil 'adli wal ihsan. Wa iitaaizil qurba wa yanha 'anil fahsyaai wal munkari wal baghy.Ya'izhukum la'allakum tazakkarun. wazkurullaha yazkurkum washkuru 'ala ni'amihi yazidkum. was aluuhu min fadhlihi yu'utikum. walazikrullahi akbar. wallahu ya'alamu ma tashna'un.
No comments:
Post a Comment