Khutbah Pertama
Allahu akbar 9X. walillahil hamdu.
Alhamdulillah. Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Amma ba'adu,
Fa ya ayyuhal muslimun, ittaqullaha haqqa tuqatih wa la tamuutunna illa wa antum muslimun.
Sidang hadirin sekelian,
Pada hari ini, tanggal 10 Zulhijjah , umat islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Hari ini juga disebut sebagai Hari Raya Haji, atau juga disebut sebagai Hari Raya Qurban, sempena memperingati episod-episod pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s sekeluarga.
Hajar a.s telah ditinggalkan di tengah padang pasir yang tandus, tiada asbab kehidupan, yang ada hanya asbab kematian. Namun demikian, beliau rela ditinggalkan di situ kerana itu adalah perintah allah kepada Nabi Ibrahim a.s. Hajar a.s yakin bahawa bersama perintah Allah ada janji Allah. Bersama perintah Allah ada kejayaan.
Apabila Ismail a.s menangis kerana kelaparan, Hajar a.s berlari-lari antara dua bukit, sekejap memanjat Bukit Safa dan kemudian memanjat Bukit Marwah, sehinggalah datang bantuan Allah berupa mata air zamzam yang akan terus kekal memancar sehingga Hari Qiamat.
Allahu akbar 3X. Walillahi lhamdu.
Hadirin yang di rahmati Allah sekelian,
Setelah beberapa belas tahun berlalu, Ibrahim a.s pulang ke Mekah untuk bertemu isteri dan anak kesayangannya. Baharu sahaja bertemu keluarga yang sudah lama tidak dilihat, datang perintah Allah supaya menyembelih anak lelakinya, Ismail a.s yang sudah remaja.
Ibrahim a.s sangat-sangat menanti-nanti akan kelahiran seorang anak lelaki sebagai penyambung zuriat keturunannya. Ismail a.s dilahirkan ketika Ibrahim a.s sudah mencapai umur tua , kira-kira ketika berumur 90 tahun. Penantian Ibrahim a.s akhirnya dikabulkan Allah. Namun begitu, sekarang Allah memerintahkan Baginda a.s untuk menyembelih anak kesayangannya itu.
Apabila diberitahu perkara ini kepada Ismail a.s, Ismail a.s menasihati ayahandanya supaya melaksanakan perintah Allah itu, kerana beliau yakin bahawa kejayaan adalah di dalam melaksanakan perintah Allah. Ismail a.s sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi untuk melaksanakan perintah Allah. Demi untuk menyukakan Allah.
Dalam perjalanan untuk menyembelih anaknya Ismail a.s, datang syaitan cuba untuk menggoda dan mempengaruhi Ibrahim a.s supaya jangan melaksanakan penyembelihan itu. Namun demikian, Ibrahim a.s yakin bahawa kejayaan ialah di dalam melaksanakan perintah Allah. Bersama perintah Allah ada janji Allah, ada bantuan Allah. 3 kali syaitan datang menggoda, 3 kali Ibrahim a.s menghalau dan merejam syaitan dengan batu.
Apabila Ibrahim a.s melaksanakan penyembelihan, maka datang bantuan Allah yang menggantikan Ismail a.s dengan seekor qibas.
Allahu akbar 3X. walillahi lhamdu.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Allah Taala sangat suka dengan pengorbanan Ibrahim a.s sekeluarga, lalu menjadikan perbuatan mereka sebagai ibadat yang menjadi ikutan umat manusia.
Umat Islam yang berkemampuan diminta supaya datang ke tempat di mana Hajar a.s ditinggalkan, dan melaksanakan tawaf di situ.
Umat Islam diminta supaya berlari-lari antara Safa dan Marwah seperti mana yang telah dilakukan oleh Hajar a.s.
Umat Islam diminta supaya melontar jamrah sepertimana yang telah dilakukan oleh Ibrahim a.s.
Umat Islam diminta supaya menyembelih binatang qurban seperti mana yang telah dilakukan oleh Ibrahim a.s dan Ismail a.s.
Sidang hadirin sekelian,
Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia terhalang daripada menunaikan haji. Ibadat tawaf, sa'ie dan melontar jamrah tidak dapat dilakukan.
Namun demikian, kita masih berpeluang melaksanakan ibadat qurban di negara kita sendiri. Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadat qurban, bermula pada hari ini sehinggalah tanggal 13 Zulhijjah nanti.
Bismillahir rahmanir rahim. Inna a'atoina kal kautsar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar.
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Laa ilaha illallahu wallahu akbar.
Allahu akbar. Walillahi lhamdu.
< duduk seketika>
Khutbah Kedua
Allahu akbar 7X. Allahu akbaru walillahil hamdu.
Alhamdulillah. Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu an naa Muhammadan Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Amma ba'adu,
Fa ya ayyuhal muslimun, ittaqullaha haqqa tuqatih wa la tamuutunna illa wa antum muslimun.
Qalallahu taala : Innallaha wa malaikatahu yusolluna 'alan Nabiy. Ya ayyuha llazina aamanu sollu alaihi wasallimu taslima.
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.
Allahumaghfir lilmuslimina wal muslimat. wal mu'minina wal mu'minat. al ahyaai minhum wal amwat . Ya qadhiyal hajat.
'Ibadallah. Innallaha ya'muru bil 'adli wal ihsan. Wa iitaaizil qurba wa yanha 'anil fahsyaai wal munkari wal baghy.Ya'izhukum la'allakum tazakkarun. wazkurullaha yazkurkum washkuru 'ala ni'amihi yazidkum. was aluuhu min fadhlihi yu'utikum. walazikrullahi akbar. wallahu ya'alamu ma tashna'un.
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Laa ilaha illallahu wallahu akbar.
Allahu akbar. Walillahi lhamdu.
No comments:
Post a Comment