Nota Kuliah Subuh pagi tadi;
menurut Imam Ghazali rahmatullah alaih di dalam Ihya Ulumuddin, asas untuk membolehkan seseorang ke syurga Allah ialah;
-iman
-ilmu
-amal
-ikhlas
*********************
Pada suatu malam, Imam Ghazali rahmatullah alaih sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba
seekor lalat hinggap berhampiran beliau. Imam Ghazali rahmatullah alaih mengamati lalat itu dan
mendapati ia kelihatan dalam kehausan. Memang betul anggapan Imam Ghazali karena
lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas dakwat beliau dan
meminum dakwat tersebut. Imam Ghazali rahmatullah alaih pun berhenti menulis dan menyaksikan
peristiwa itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap dakwatnya. Sesudah
si lalat puas minum, Imam Ghazali rahmatullah alaih membantunya keluar dari bekas dakwat tersebut. Terbanglah si lalat itu pergi meneruskan perjalanannya.
Tidak lama selepas kejadian itu, Imam Ghazali rahmatullah alaih bermimpi bertemu dan
berhadapan dengan Allah Taala. Di dalam mimpi itu, Allah Taala bertanya kepada
Imam Ghazali rahmatullah alaih, "Wahai Ghazali, tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku
memasukkan engkau ke dalam syurga?"
Imam Ghazali rahmatullah alaih termangu dan berfikir. Beliau menyangka bahawa semua ibadah yang
dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan lain-lainlah yang menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam syurga. Imam Ghazali rahmatullah alaih menjawab, "Mungkin kerana
ibadah solatku, ya Allah."
"Bukan!" tegas Allah Taala.
Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata lagi, "Mungkin kerana ibadah zakatku, ya Allah."
"Bukan!" tegas Allah Taala lagi.
Seterusnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Mungkin kerana ibadah puasaku, ya Allah."
Allah Taala tetap berkata,"Bukan!"
Imam Ghazali rahmatullah alaih mencuba lagi, "Mungkin kerana ibadah hajiku, ya Allah."
Allah Taala masih berkata "Bukan!"
Semua jawapan Imam Ghazali rahmatullah alaih ternyata bukan jawapan yang Allah Taala inginkan, kerana Allah Taala terus berkata, "Bukan!"
Akhirnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Hanya Engkau yang Maha Mengetahui."
Allah Taala menjelaskan, "Wahai Ghazali, masihkah engkau ingat bahawa sewaktu engkau
sedang menulis kitab pada suatu malam, ada seekor lalat masuk ke dalam
bekas dakwatmu. Engkau merasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan
lalat itu minum sepuas-puasnya. Setelah selesai ia minum, engkau
membantunya keluar dari bekas dakwat itu. Lalat itu kemudian terbang
dengan gembira selepas dahaganya hilang. Itulah yang menyebabkan Aku
memasukkanmu ke dalam syurga, yaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu
walaupun ia hanya seekor lalat."
Begitulah kelebihan amal yang dilakukan dengan ikhlas, yang mampu membawa
manusia ke dalam syurga. Sebaliknya, amalan yang besar tetapi tidak
ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya.
Dalam kitabnya, Ihya 'Ulumuddin, Imam Ghazali rahmatullah alaih menekankan perihal
pentingnya ilmu, amal dan ikhlas. Beliau berkata, "Orang yang tidak
berilmu mendapat siksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima
siksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut disiksa. "
Oleh sebab
itu penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu, amal dan ikhlas. Itu
adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.
Ikhlas mudah diucapkan tetapi tidak mudah dilaksanakan. Ini kerana maksud ikhlas adalah melakukan segala sesuatu semata-mata kerana Allah.
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda,"Sesungguhnya Allah Taala tidak
akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan
dilakukan semata-mata untuk mengharap keredhaan Allah Taala.
(HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Pernah suatu ketika di dalam suatu peperangan, ketika Saidina Ali r.a hendak membunuh bseorang musuh, musuh itu telah meludahi muka, maka terus dilepaskan
peluang untuk membunuh musuh tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau melepaskan musuh tersebut sedangkan beliau berpeluang membunuhnya, maka dijawab oleh Saidina Ali r.anhu,
“Aku takut kalau-kalau aku membunuhnya kerana marah ia meludahiku dan bukannya kerana Allah Taala.”
Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup menepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment