Saturday, May 31, 2014

Pergerakan Jemaah Jun 2014


Route 3H Keluar
Angsana ke Taman Serindit 20, 21, 22 Jun
Selasih ke Taman Delima 20, 21, 22Jun.


Route 3H Masturat
Surau Kg Keledang, Kupang.

Route 10H Ramadhan
Simpang Tiga Keladi ke Kati & Grik 2-11 Ramadhan

Route Jemaah Masturat Rwalpindi
24, 25, 26 Mei - Muammar, Keladi
27, 28 Mei - Gul Muhammad, Pokok Sena
29, 30 Mei - Zulkifli, Taman Mutiara
31, 1 Jun - Cikgu Radzi, Kilang Lama
2,3 Jun - Cikgu Rahim, Kg Pelet
4,5 Jun - Ustaz Shakir, Nyior Sebatang
6,7 Jun - Cikgu Hasan, Pangsapuri Idaman Jalan Baru
8, 9 Jun - Ustaz Ali, Pongsu Seribu
 10, 11 Jun - Dr Shuib, Taman Pekaka Parit Buntar
12, 13 Jun - Basharudin, Sg Kechik Ulu Parit Buntar
14, 15, 16 Jun - Kurshid, Bertam Perdana
17 Jun - Zainal Beseri


Route 10H Student Kulim Hi-Tech

Route 40H Kulim Bandar
Surau Taman Bidara 10, 11, 12, 13 Jun
Surau Taman Merpati 14, 15, 16 Jun
Surau Kg Pondok Labu Tengah 17, 18 , 19 Jun
Surau Taman Cempaka 20, 21 , 22 Jun
Surau Taman Selasih Fasa 3 , 23 , 24 , 25 Jun
Surau Simpang Tiga Keladi 26, 27Jun
Masjid Kg Darul Aman 28, 29, 30Jun
Masjid Kg Ayer Merah 1, 2,3 Jul
Masjid Kg Keladi 4,5,6 Jul
Masjid Taman Selasih 7, 8, 9 Jul
Surau Taman Seri Kulim 10, 11, 12 Jul
Surau Taman Berlian 13, 14, 15 Jul


Route 40H Kulim Hi Tech
Surau Kg Padang Tembak 13, 14 , 15jun
Surau Taman Haruan 16, 17 , 18Jun
Surau Taman PKNK 19, 20, 21Jun
Surau Bandar Seri Mahkota 22, 23, 24Jun
Surau Kg Paya Tok Betok 25, 26, 27Jun
Masjid Kg Padang Cina 28, 29, 30Jun
Masjid Kilang Lama 1, 2, 3
Masjid Taman Kenari 4, 5, 6 Jul
Surau Taman Emas Perak 7, 8 , 9Jul
Surau Taman Kulim Perdana 10, 11 , 12 Jul
Surau Taman Tiong 13, 14, 15 Jul
Malau 16, 17, 18 jul





Saturday, May 10, 2014

Iman, Ilmu, Amal, Ikhlas

Nota Kuliah Subuh pagi tadi;

menurut Imam Ghazali rahmatullah alaih di dalam Ihya Ulumuddin, asas untuk membolehkan seseorang ke syurga Allah ialah;
-iman
-ilmu
-amal
-ikhlas

*********************

Pada suatu malam, Imam Ghazali rahmatullah alaih sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba seekor lalat hinggap berhampiran beliau. Imam Ghazali rahmatullah alaih mengamati lalat itu dan mendapati ia kelihatan dalam kehausan. Memang betul anggapan Imam Ghazali karena lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas dakwat beliau dan meminum dakwat tersebut. Imam Ghazali rahmatullah alaih pun berhenti menulis dan menyaksikan peristiwa itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap dakwatnya. Sesudah si lalat puas minum, Imam Ghazali rahmatullah alaih membantunya keluar dari bekas dakwat tersebut. Terbanglah si lalat itu pergi meneruskan perjalanannya.

Tidak lama selepas kejadian itu, Imam Ghazali rahmatullah alaih bermimpi bertemu dan berhadapan dengan Allah Taala. Di dalam mimpi itu, Allah Taala bertanya kepada Imam Ghazali rahmatullah alaih, "Wahai Ghazali, tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga?"

Imam Ghazali rahmatullah alaih termangu dan berfikir. Beliau menyangka bahawa semua ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan lain-lainlah yang menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam syurga. Imam Ghazali rahmatullah alaih menjawab, "Mungkin kerana ibadah solatku, ya Allah."

"Bukan!" tegas Allah Taala.

Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata lagi, "Mungkin kerana ibadah zakatku, ya Allah."

"Bukan!" tegas Allah Taala lagi.

Seterusnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Mungkin kerana ibadah puasaku, ya Allah."

Allah Taala tetap berkata,"Bukan!"

Imam Ghazali rahmatullah alaih mencuba lagi, "Mungkin kerana ibadah hajiku, ya Allah."

Allah Taala masih berkata "Bukan!"

Semua jawapan Imam Ghazali rahmatullah alaih ternyata bukan jawapan yang Allah Taala inginkan, kerana Allah Taala terus berkata, "Bukan!"

Akhirnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Hanya Engkau yang Maha Mengetahui."

Allah Taala menjelaskan, "Wahai Ghazali, masihkah engkau ingat bahawa sewaktu engkau sedang menulis kitab pada suatu malam, ada seekor lalat masuk ke dalam bekas dakwatmu. Engkau merasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Setelah selesai ia minum, engkau membantunya keluar dari bekas dakwat itu. Lalat itu kemudian terbang dengan gembira selepas dahaganya hilang. Itulah yang menyebabkan Aku memasukkanmu ke dalam syurga, yaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu walaupun ia hanya seekor lalat."

Begitulah kelebihan amal yang dilakukan dengan ikhlas, yang mampu membawa manusia ke dalam syurga. Sebaliknya, amalan yang besar tetapi tidak ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya.

Dalam kitabnya, Ihya 'Ulumuddin, Imam Ghazali rahmatullah alaih menekankan perihal pentingnya ilmu, amal dan ikhlas. Beliau berkata, "Orang yang tidak berilmu mendapat siksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima siksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut disiksa. "

Oleh sebab itu penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu, amal dan ikhlas. Itu adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.

Ikhlas mudah diucapkan tetapi tidak mudah dilaksanakan. Ini kerana maksud ikhlas adalah melakukan segala sesuatu semata-mata kerana Allah.

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda,"Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap keredhaan Allah Taala.
(HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Pernah suatu ketika di dalam suatu peperangan, ketika Saidina Ali r.a hendak membunuh bseorang musuh, musuh itu telah meludahi muka, maka terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau melepaskan musuh tersebut sedangkan beliau berpeluang membunuhnya, maka dijawab oleh Saidina Ali r.anhu,
“Aku takut kalau-kalau aku membunuhnya kerana marah ia meludahiku dan bukannya kerana Allah Taala.”

Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup menepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Saturday, May 3, 2014

Pergerakan Jemaah Mei 2014

3H


Selasih ke Surau Kg Tok Rasul 15, 16, 17 Mei
Bidara ke Surau Taman Merpati 15, 16, 17 Mei
Angsana ke Surau Taman Bidara, Alma 23, 24, 25 Mei

Kilang Lama ke Surau Batu 4 - 23, 24, 25 Mei


Route Jemaah Masturat Rwalpindi

24, 25, 26 Mei - Muammar, Keladi
27, 28 Mei - Gul Muhammad, Pokok Sena
29, 30 Mei - Zulkifli, Taman Mutiara
31, 1 Jun - Cikgu Radzi, Kilang Lama
2,3 Jun - Cikgu Rahim, Kg Pelet
4,5 Jun - Ustaz Shakir, Nyior Sebatang
6,7 Jun - Cikgu Hasan, Pangsapuri Idaman Jalan Baru
8, 9 Jun - Ustaz Ali, Pongsu Seribu
 10, 11 Jun - Dr Shuib, Taman Pekaka Parit Buntar
12, 13 Jun - Basharudin, Sg Kechik Ulu Parit Buntar
14, 15, 16 Jun - Kurshid, Bertam Perdana
17 Jun - Zainal Beseri





Rut Jemaah 2B Masturat Hyderabad
4, 5,  6 Mei - Merbau Kudung, Muzammil
7, 8  Jalan Baru, Abd Ghaffar Burma
9, 10 Taman Rambai, Sabarshah
11, 12 Taman Mutiara, Zulkifli
13, 14 Hj Rahim, Kubang Ulu
15, 16 Khairi, Taman Makmur
17, 18 Cikgu Rahim, Kg Pelet
19, 20 Hj Hanafi, Penaga
21, 22
23, 24 Dr. NorRashid, Parit Buntar.
25, 26
27, 28