Tuesday, May 29, 2012

Ijtima' Malaysia 2012

IJTIMA' MALAYSIA 2012, Perhimpunan Umum Muslimin di 13 lokasi.
19hb Mei - 26hb Jun 2012. Insya'Allah.

Semua muslimin dijemput hadir. Tentatif program adalah seperti berikut:

1) Ijtima' bermula waktu solat subuh pada hari pertama dan berakhir pada waktu yang sama pada hari ke-3 selepas ceramah umum dan doa.

Ceramah-ceramah umum; setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

2) Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk i) Ulama; ustaz/alim/asatizah, ii) VVIP, VIP iii) Pelajar-pelajar dan iv) Bahasa isyarat - dipelawa membawa rakan-rakan istimewa, bisu dan pekak.

3) Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.Sedikit bayaran dikenakan, mungkin berbeza mengikut lokasi, misalnya RM5.00 setalam untuk sarapan, RM10.00 setalam untuk makan tengah hari.

4) Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas.

TARIKH & LOKASI:

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat (KK, Labuan, Beaufort, Keningau, Kudat dll)
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur (Tawau, Sandakan, Semporna, Kinabatangan dll)
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment