sebelum jemaah dibentuk dan dikeluarkan, sahabat-sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam yang telah beri azam untuk keluar ke jalan Allah akan ditafakud (temuduga saringan) terlebih dahulu.
orang putih kata "screening-test" ka apa ntah.
di antara sahabat radhiallahu anhum yang masyhur dengan "tafakud tak lepas" ketika tasykil untuk peperangan Uhudi alah Amar bin Jamooh radhiallahu anhu ( nama sebenarnya ialah Muaz bin Amru bin al-Jamuh), Rafi' bin Khudaij radhiallahu anhu dan Samurah bin Jundub radhiallahu anhu .
saya rasa MUNGKIN ramai yang ditafakud tetapi tak lepas untuk musim cuti sekolah ini, atau mungkin di"re-route" ke destinasi lain.
hadis di bawah mungkin dapat mengubati hati Tuan-Puan;
dipetik dari Muntakhab Ahadits. Bab Ikhlas, Ikhlas Niat hadis ke-5.
oleh yang demikian, janganlah takut untuk ditafakud (menjalani temuduga saringan). dan jangan pula lari jika di"re-route" ke destinasi yang lain.
No comments:
Post a Comment