Wednesday, April 27, 2011

afiat

beberapa tahun yang lalu, mungkin tujuh tahun lalu, aku pernah mendengar seseorang berkata bahawa Abu Bakar r.anhu pernah berkata "berdoalah memohon afiat, kerana tiada yang lebih berharga selain afiat selepas iman".

jika memohon untuk menjadi orang yang sabar, maka tertibnya ialah ia akan diberi ujian. ini tidaklah bermaksud jika tidak memohon menjadi seorang yang penyabar, maka kita tidak akan diuji. bukan begitu.

bukan begitu maksudnya. setiap orang akan diuji. masing-masing ada habuannya. lain orang lain ujiannya.

beberapa tahun kemudiannya, aku tersua dengan hadis tersebut.

dan pada hari ini, asbab adanya pdf Kitab Muntakhab Hadis, maka dapatlah aku menyampaikan hadis tersebut.

hadis tersebut adalah hadis nombor 29, di bawah bab Kalimah Thoiyyibah.

No comments:

Post a Comment