Thursday, April 28, 2011

Rumah untuk disewa

Rumah teres setingkat di Taman Sg Kob.
Dekat dengan kedai, stesen petrol, sekolah dan jalan raya.
Lokasi adalah betul-betul di belakang kedai.

3 bilik tidur, porch kereta, 1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air, 1 tandas dan di belakang rumah ada tanah kosong berpagar untuk sidai baju.

3 kipas angin dan lantai simen.

sewa RM250 sebulan.

untuk maklumat lanjut/ tengok rumah , hubungi 019-428-2498

Rumah ini bukanlah milik Jalani al-Barawiy.
Kertas iklan ini dijumpai.

Adab Bertamu - Kelebihan Ziarah dan Berjabat Tangan

selalunya apabila kita bertemu sanak saudara dan rakan taulan, kita akan bersalaman iaitu berjabat tangan.

adapun perbuatan memberi salam dan bersalam-salaman (dengan mahram) itu sungguh menyukakan Allah sehingga Allah sudi mngurniakan pengampunanNya di atas perbuatan itu.

dengan menziarahi saudara muslim yang lain, atau bersilaturrahmi di Indonesia, akan dapat mengamalkan sekurang-kurangnya 3 hadis di bawah, atau jika dikira dari segi maksud, satu hadis sahaja. (ziarah di Indonesia ialah melawat rumah di mana ada kematian, sementara kunjungan yang biasa disebut silaturrahmi).

hadis dipetik daripada Kitab Muntakhab Hadis, Bab Ikramul Muslimin, Seksyen Hak-hak Orang Islam, hadis ke 104, 105, 106.

Wednesday, April 27, 2011

Program Latihan 1Malaysia

peluang belajar secara percuma, anjuran ADTEC Kulim. diulang, PERCUMA!
tidak perlu hingga ke negeri China.

kursus untuk pelbagai bidang. ~ Pembuatan, Pengeluaran, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi dan ICT. pilihlah yang mana sesuai dengan nafsu anda.

tempoh kursus ada yang 16 jam, 24 jam dan 32 jam.

untuk keterangan dan maklumat lanjut , sila hubungi Cik Nur Athiah binti Che Udin, di talian 04-404-2975 sambungan 107.

boleh juga layari http://www.adteckulim.gov.my/

afiat

beberapa tahun yang lalu, mungkin tujuh tahun lalu, aku pernah mendengar seseorang berkata bahawa Abu Bakar r.anhu pernah berkata "berdoalah memohon afiat, kerana tiada yang lebih berharga selain afiat selepas iman".

jika memohon untuk menjadi orang yang sabar, maka tertibnya ialah ia akan diberi ujian. ini tidaklah bermaksud jika tidak memohon menjadi seorang yang penyabar, maka kita tidak akan diuji. bukan begitu.

bukan begitu maksudnya. setiap orang akan diuji. masing-masing ada habuannya. lain orang lain ujiannya.

beberapa tahun kemudiannya, aku tersua dengan hadis tersebut.

dan pada hari ini, asbab adanya pdf Kitab Muntakhab Hadis, maka dapatlah aku menyampaikan hadis tersebut.

hadis tersebut adalah hadis nombor 29, di bawah bab Kalimah Thoiyyibah.

Sunday, April 24, 2011

Ixora Hotel Perai

Ixora Hotel di Perai, berhampiran Mega Mall akan dibuka. Aku tidak diberitahu tarikh sebenar. Boleh rujuk di http://www.facebook.com/ixorahotel

Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Penang, Malaysia
For any questions or queries please email  info@ixorahotel.com
TEL: +60 4 380 1380 FAX: +60 4 380 1382

Mungkin ada yang ingin mencari kerja di sana?
http://www.ixorahotel.com/careers

Opening Rate yang agak menarik.



ixora, atau dulu-dulu kami panggil bunga jarum, mungkin sekarang pun masih dipanggil bunga jarum, sering menjadi hisapan budak-budak.

rasanya bukan kanak-kanak di Malaysia sahaja yang menghisap bunga ini.

sekarang, sudah agak sukar menemui bunga ini di jalanan. Yang banyak di jalanan kini ialah Proton Exora, yang dinamakan sempena bunga ini.

Wednesday, April 20, 2011

[wts] SMART Tag untuk dijual

mungkin anda berminat atau perlu membeli SMART Tag?



mengapa tidak bertanya kepada :

Norain Khaidir : 03-7652-8239
Affiz Affundi - 03-7652-8379


Monday, April 18, 2011

Eden Handicap Service Centre Bhd, Penang

Eden Handicap Service Centre Bhd,
CO-09-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang,
Jalan Utama,
10450 Pulau Pinang.

http://www.edenhandicap.org/







Thursday, April 14, 2011

Kolej Komuniti Kulim


"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China..."

demikian adalah ungkapan yang amat popular di Malaysia ini, tidaklah aku ketahui jika ia popular di negara lain juga.

bukan ingin membahaskan hadis ini.
boleh baca huraian hadis ini di :
http://jomfaham.blogspot.com/2010/04/status-hadith-tuntutlah-ilmu-hingga.html

ada pun untuk ke negeri China itu mungkin agak sukar.

bagi yang sudah bekerja, atau surirumah, atau lepasan sekolah, atau penganggur terhormat, boleh belajar sesuatu di Kolej Komuniti Kulim.

Kolej ini terletak di

232 Jalan Kota Kenari 2, Taman Kota Kenari, Kulim.

lokasi di wikimapia. http://wikimapia.org/#lat=5.3708287&lon=100.5668856&z=19&l=0&m=b&search=kolej%20komuniti%20kulim

ada pelbagai kursus yang ditawarkan.
ada yang jangka pendek, ada yang jangka panjang.
yurannya pun murah, rasanya masih dalam lingkungan mampubayar bagi kebanyakan orang.

boleh rujuk di laman ini untuk melihat kursus yang ditawarkan.
http://www.kkkulim.edu.my/main/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=54




Wednesday, April 13, 2011

Madrasah Tahfiz al-Quran Ashraful Madaris, Kulim

Madrasah Tahfiz al-Quran Ashraful Madaris Kulim terletak di No.36 Taman Melawis, Kg. Keladi, 09000 Kulim, Kedah.

Dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan.

http://wikimapia.org/#lat=5.3904601&lon=100.5459778&z=19&l=0&m=b



Untuk maklumat lanjut seperti yuran, syarat kemasukan dan sistem pengajian, sila rujuk kepada Mudir Madrasah, al-Ustaz Qamaruzzaman di talian 013-484-9471.

Majlis Kanser Nasional

National Cancer Council

Setiap sumbangan anda adalah berMAKNA.

Jangan ragu untuk menderma walau hanya sepuluh sen, atau hanya sebutir kurma.

Tuesday, April 12, 2011

Malaysian Association for the Blind (MAB)





Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia

Jika Tuan-Puan ada kelebihan harta, sudi-sudikanlah menderma.

Monday, April 11, 2011

Madrasah Tahfiz Darul Islah

Pihak madrasah mempelawa Tuan-Puan untuk membuat sumbangan untuk dunia dan akhirat Tuan-Puan. Jika terdapat sebarang keraguan atau memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk pamphlet di bawah.





Madrasah Tahfiz Darul Islah
PT1402, Kg Beris Lalang,
17060 Bachok, Kelantan.

019-938-8237

Sunday, April 10, 2011