https://www.youtube.com/watch?v=wA4v8MrBHHc
Saturday, September 21, 2024
Wednesday, August 14, 2024
perihal menyapu dahi dan muka selepas solat
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2672-al-kafi-858-hukum-menyapu-dahi-dan-muka-selepas-solat
Soalan:
Adakah terdapat hadis tentang hukum menyapu dahi dan muka selepas solat?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Amalan ini disebut dalam kitab-kita ulama mazhab al-Syafie, bahawa apabila seseorang itu selesai solat, disunatkan baginya untuk menyapu dahi dan wajahnya sambil membaca doa:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (هُوَ) الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ
Maksudnya: “Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah! Aku mohon agar Engkau buangkan dari diriku kegelisahan dan kesedihan.”
Antaranya:
- Al-Adzkar (no.193) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah, daripada Ibn Sunni, daripada Malik bin Anas RA.
- I`anah al-Tolibin (1/215) oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati Rahimahullah, daripada Ibn Sunni.
- Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 99) oleh Syeikh Abdurrahman Ba`lawi, daripada Ibn Mansur.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Sunni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah (no.122) dan Imam al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Awsat (no.3178). Hadis ini disepakati kedaifan oleh para ulama, antaranya seperti yang dinukilan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar (2/285), namun sebahagian ulama menilainya sebagai daif jiddan (lemah yang bersangatan dan maudhu’ (palsu). Lihat al-`Ajalah al-Raghib (no.113) oleh Syeikh Salim Eid al-Hilali.
Kami cenderung kepada pendapat bahawa amalan ini tidak bermasalah untuk diamalkan seperti mana yang difatwakan oleh para ulama mazhab al-Syafie. Walaupun begitu, barangsiapa yang meninggalkan kerana berhati-hati, maka hukumnya tidak makruh dan tidak wajar dijadikan polemik.
Wallahua’lam.
***************************