Sunday, November 12, 2023

doa selesai surah at-Tiin

Diriwayatkan oleh Ismail bin Umayyah RA menyatakan, aku mendengar daripada seorang lelaki badawi menyebut bahawa Abu Hurairah RA berkata:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ: وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ فَقَرَأَ: {أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ} [التين: 8] فَلْيَقُلْ: بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah: wa al-Tin wa al-Zaitun kemudian membaca (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ) (al-Tin,8) maka hendaklah ia menyebut (بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ) Benar, dan aku menyaksikan hal itu.

Riwayat al-Tirmizi (3347)

doa untuk sakit jantung

 setiap selepas solat, letakkan tangan di dada, bacalah 3 kali ayat di bawah, dengan meniatkan supaya Allah Zat Yang Maha Penyembuh menyembuhkan sakit jantung kita, atau sakit yang lain, dan jika tiada apa-apa penyakit, semoga Allah memelihara daripada segala penyakit.

Ayat 10:57, Surah Yunus, ayat 57. https://quran.com/ms/10



(Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu) dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu