Memanglah kebiasaannya hati kita akan menjadi sayu dan menangis apabila menziarahi makam Rasulullah S.A.W. tetapi untuk mati di hadapan Rasulullah S.A.W bukan suatu perkara yang mudah, namun sebahagian manusia masih berjaya memperolehi kemuliaan ini.
Salah seorang manusia yang telah berjaya ialah saudara Badrul Munir.
Seperti mana di tempat lain, hampir setiap hari memang ada orang-orang yang mati di Madinah, namun Badrul Munir bukan sahaja mati di Madinah, tetapi dicabut nyawanya di hadapan Rasulullah S.A.W.
Seperti mana yang kita ketahui, orang yang beramal akan mendapat syurga, tetapi orang yang khidmat akan dapat Allah.
Abang Bad merupakan seorang yang kuat khidmat, maksudnya ialah "orang yang banyak menyusahkan diri sendiri supaya orang lain senang", dan beliau banyak berkhidmat khususnya kepada pelajar, ustaz dan orang-orang yang keluar di jalan Allah.
Rohnya meninggalkan jasadnya di hadapan Rasullullah S.A.W, Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar r.anhuma, mana kala jasadnya pula disemadikan berhampiran Saiyidina Usman r.anhu di Jannatul Baqi'. Bolehkah Tuan-Puan bayangkan betapakah kemuliaan zahiriah yang Allah kurniakan ini?
Laporan daripada Ustaz Jamal yang bersama-sama beliau ketika safar umrah tersebut : https://www.youtube.com/watch?v=i3W6XdaQ92M
Pengebumian beliau : https://www.youtube.com/watch?v=eK2LTttM4aA
https://www.youtube.com/watch?v=zaBGdyIgyPU
https://www.remaja.my/kematian-rakyat-malaysia-ini-jadi-viral-kerana-meninggal-depan-makam-nabi-semalam-apa-kebaikan-dilakukannya-2/
https://www.facebook.com/KualaLangatSejahtera/posts/1908048692579298
Razi
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah dia."
MENINGGAL DIHADAPAN MAQAM RASULULLAH SAW
Hari ini saya mendapat khabar yang sangat mengejutkan mengenai kematian seorang ahbab dakwah dikenali dengan Abg Bad (nama sebenar Badrul Munir) yang sangat cinta kepada ulamak dan madrasah sehingga dia juga dicintai penduduk langit dan bumi ...
Pemergiannya sangat indah !
1. Meninggal di dalam Masjid Nabawi
2. Betul-betul tepat di hadapan maqam Rasulullah SAW
3. Sedang berpuasa
4. Sedang mengerjakan ibadah umrah
5. Pada malam Jumaat
6. Pada fasa terakhir Ramadhan, 10 hari terakhir
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah (berdoalah untuk dpt mati di sana) ... Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Beliau merupakan orang yang telah beri seluruh hidupnya untuk berkhidmat bagi :
1. Urusan visa jemaah-jemaah yang ingin khuruj fi sabilillah dan pelajar madrasah
2. Safar ulamak dan masyaikh dakwah
3. Khidmat madrasah
Begitulah natijah yang Allah SWT telah tunjukkan pada kita betapa tingginya nilai khidmat dan cinta pada ulamak dan ahli agama .
Jika tidak menjadi seorang alim, jadilah orang suka pada ilmu, jika tidak jadilah orang yang cinta pada ulamak dan jika tidak janganlah jadi orang yang membenci ulamak dan ilmu .
Subhanallah !
Kematian yang sangat dicemburui !
Ya Allah pilihlah kami mati di jalan-Mu dan husnul khatimah !
Aamin Ya Rabbal Alamin