di manakah terdapat Pesuruhjaya Sumpah di Kulim?
bila ada urusan, baru nak cari. jadi , ramailah yang tak tau.
jika google, mungkin akan terjumpa;
"Ada seorang pesuruhjaya sumpah dekat foodcourt (left hand side) selepas Post Office Kulim and before pejabat JKR. Namanya Hj Mohd Yussof. Rasanya lagi satu dekat bangunan Court Mammoth/Telekom Malaysia and kalau tak silap dekat Kilang Lama pun ada somewhere bangunan Klinik Kamachi/ Kedai MEH. "
kata orang, yang dekat Foodcourt sebelum JKR tu dah tak buat dah.
ada orang kata, ada Pesuruhjaya Sumpah di Pejabat Majistret dekat JUPEM.
ada yang kata, dekat Klinik Pakar Kanak-kanak Kamachi pun ada. itu aku tak tahu.
biarlah aku beritahu apa yang aku tahu.
Pesuruhjaya Sumpah di sebelah Man Borong telah berpindah ke sebelah kedai Buku Harfa. Kedai Buku Harfa pula telah ditukar namanya kepada Kedai Buku Dunia Ilmu Sdn Bhd. Pesuruhjaya Sumpah ini, kalau tak silap aku, namanya Zainal Abidin bin Mohd Zain. tak tahulah kalau sekarang ni dah tukar orang lain.
Satu lagi Pesuruhjaya Sumpah ada di Sebelah TM Point, atau lebih tepat lagi di sebelah premis Agensi Ng Thian Shong. Pesuruhjaya Sumpah itu bernama Faezah binti Abdullah.
Satu cop mungkin berharga 4 ringgit, kalau belum naik harga.
Jam 1.00pm sampai 2.15pm jangan pergi, sebab waktu rehat. Faezah mungkin rehat sampai pukul 2pm sahaja.