Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Bersyukur

aku ada mendengar kuliah subuh Ustaz Hassan Razak di Masjid Kilang Lama pada 9 April yang lalu.
di antara isi kuliah tersebut;

Tujuan membaca Surah Faatihah ketika permulaan majlis bukanlah untuk mendapatkan berkat, tetapi sebagai doa supaya diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Ini adalah kerana di dalam surah itu terdapat kalimah doa, iaitu ayat "ihdinassiraathal mustaqiim", yang bermaksud "pimpinlah kami ke jalan yang lurus".

Ada pun kita memohon doa supaya dipimpin ke jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah dilalui oleh Nabiyyiin, Siddiiqiin, Syuhadaa dan Shoolihiin.

Ada pun kepada para Nabi alaihimussalam itu menjadi kewajiban kepada mereka untuk BERSYUKUR  apabila diberi NIKMAT, BERSABAR apabila ditimpa MUSIBAH dan REDHA apabila diuji dengan QADHA KESAKITAN.

Ada pun Nabi Zakaria alaihissalam, apabila diuji dengan kelakuan Bani Israel, yakni apabila ia dikejar oleh kaumnya lalu Baginda alaihissalam menyembunyikan diri di dalam pokok, dan kemudian Baginda alaihissalam digergaji, ketika terkena kepalanya Nabi Yahya alaihissalam berkata "Aduh!". Maka Allah Taala menghantar malaikat mengirimkan salam kepada Nabi Zakaria alaihissalam dan mengkhabarkan bahawa jika Baginda alaihissalam sekali lagi berkata "Aduh" maka akan dilucutkan nikmat kenabiannya.

Berfirman Allah Taala di dalam al-Quran;


 "la in syakartum la  aziidannakum wa la in kafartum inna 'azaabii lasyadiid". yang bermaksud "jika kamu bersyukur, kami akan tambahkan nikmat kami, sebaliknya jika kamu kufur, maka azabku adalah amat pedih".(al-Quran, Ibrahim ayat 7)

Berkata Imam Ghazali rahmatullah alaih bahawa yang dimaksudkan dengan "kufur" di sini ialah kufur nikmat dan bukanlah kufur iktikad.

Kufur iktikad mengeluarkan seseorang daripada millah Islam, sementara kufur nikmat tidak mengeluarkan seseorang daripada millah Islam.

Kufur nikmat, menurut Imam Ghazali rahmatullah alaih ialah menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk menentang Allah.

Nikmat-nikmat seperti penglihatan, pendengaran, pemikiran, kepandaian, harta, wang ringgit, kesenangan, kesihatan, kebolehan makan dan lain-lain digunakan untuk menentang Allah.

Dalam pengertian yang lain, kufur nikmat Allah itu ialah menggunakan nikmat pada jalan yang dibenci oleh Allah.

Apabila disebut perihal bersyukur, aku teringat akan kisah Nabi Musa alaihissalam dengan arnab.
Aku pernah mendengar, tapi bukan membaca daripada kitab. konon-kononnya, kisah ini ada di dalam kitab, tetapi aku tidak tahu kitab apa.

ada kemungkinan kisah ini kisah Israeliyyat. oleh itu, janganlah kalian menerimanya sebagai "primary proof".
sekalipun kisah ini tidak benar, seperti mana drama swasta dan filem Hollywood dan Bollywood yang mungkin ada kita tontoni, ia tetap memiliki pelajaran dan teladannya sendiri.

ambillah teladannya, dan peganglah al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama.

Suatu ketika Nabi Musa alaihissalam melewati kawasan penempatan arnab. Arnab-arnab mengadu kepada Nabi Musa alaihissalam bahawa hujan telah lama tidak turun. Ini menyebabkan tanaman banyak yang mati, dan begitu juga dengan arnab-arnab kerana kebuluran.

Arnab meminta Nabi Musa alaihissalam untuk bertanya kepada Allah Taala bilakah hujan akan diturunkan.

Setelah pulang dari bermunajat, Nabi Musa alahissalam mengkhabarkan bahawa Allah Taala akan menurunkan hujan selepas sepuluh tahun. Apabila mendengar jawapan ini, maka arnab-arnab telah melompat kegirangan dan kesyukuran kerana hujan akan diturunkan selepas sepuluh tahun.

Mereka gembira kerana sekalipun mereka tidak berpeluang untuk hidup, anak-anak dan keturunan mereka nanti insya Allah akan menikmati hujan tersebut.

Allah Taala sangat suka dengan sikap yang ditunjukkan oleh arnab-arnab lalu menurunkan hujan pada keesokan harinya.

Pelajarannya, perbuatan bersyukur sangat-sangat disukai Allah Taala dan dapat menarik rahmat Allah dengan cepat.

ada disebut dalam sebuah hadis, "Orang yang makan dan bersyukur sama disukai Allah dengan orang yang berpuasa".(mungkin riwayat Tarmizi)

Mungkin mudah untuk bersyukur ketika berada dalam nikmat, tetapi bersyukur ketika dalam musibah kelihatan agak sukar untuk dilakukan. walau bagaimana pun, arnab-arnab itu telah berjaya bersyukur dalam situasi yang meruncing itu.

orang putih kata, "Always look on the bright sight".

Kata Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah Taala kepada kamu. (Muttafaq ‘Alaih)

Dalam riwayat al-Bukhari yang lain melalui tariq al-A’raj daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu lebih jelas khusus dengan harta dan rupa fizikal bukan dalam bab ketaatan kepada Allah dan mencari ilmu.

Kata Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada orang yang diberikan kelebihan dari segi harta dan rupa maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya." (al-Bukhari, no: 6490)

walau bagaimana pun, dalam hal ketaqwaan , kesolehan dan semangat menuntut ilmu, hendaklah melihat kepada orang yang lebih tinggi darjah mereka.

aku pernah mendengar suatu kisah, malangnya tidak mengingati sumbernya. maafkan aku dalam hal ini, boleh saja kalian menolaknya jika meraguinya.

Suatu ketika, Umar bin Khattab radhiallahu anhu sedang bertawaf. Beliau mendengar seorang hamba Allah berdo'a, "Ya Allah, jadikanlah aku termasuk ke dalam golongan yang sedikit". (orang putih kata golongan minoriti).

Selesai tawaf, Umar radhiallahu anhu mendatangi hamba Allah itu dan bertanya mengapa beliau berdoa sedemikian.

Hamba Allah itu menjawab, "Kerana aku mendengar Allah Taala berfirman,


"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur", (al-Quran, Saba' ayat 13) , maka sebab itulah aku memohon agar aku termasuk di kalangan yang sedikit itu.

"Benar engkau!" kata Umar radhiallahu anhu.

Moga-moga akupun menjadi hamba yang selalu bersyukur.

Sunday, May 8, 2011

Kelebihan Membersihkan Masjid - Siak

membersihkan masjid/ surau adalah satu amalan yang mulia.

sesetengah orang mungkin dibayar, maka memang sewajarnyalah ia melakukan kerja-kerja membersihkan masjid.

sesetengah orang pula membersihkan masjid secara sukarela. inilah yang lebih mudah kerana ia tidak perlu berfikir lagi perihal imbuhan duniawi yang akan diterima. justeru, mungkin lebih mudah untuk ia menjaga niatnya.

apakah nilainya membersihkan masjid/ surau itu?

silalah teliti akan hadis di bawah ini.


hadis dipetik daripada Kitab Muntakhab Hadis, Bab Solat, seksyen Kelebihan Amal dan Masjid, hadis ke-280.

Cinnamon - Kulit Kayu Manis

apabila melihat surat-surat yang tiba, dan kepada setem yang tertera, aku teringat bahawa aku pernah terbaca artikel tentang khasiat kayu manis dan madu dalam perubatan.

tidak menemui fail pdf perihal kayu manis yang ada aku simpan di mana-mana, maka aku mencari dan menemui sesuatu yang agak mirip dengan fail tersebut, iaitu artikel yang terdapat di http://www.123muslim.com/health-forum/13654-miraculous-curing-power-honey-cinnamon.html


berikut adalah sebahagian daripada artikel tersebut :


The miraculous curing power of honey and cinnamon.

The magic mixture of honey and cinnamon is known for hundreds of years for their miraculous curing power. If we look back into the history we can see both these items used by different countries and cultures across the world for different medicinal purposes.

Note. I have added a few really useful links towards the bottom of the post (In Weight loss section which is the 10th tip.). I guarentee that they will be really useful for you. Please let me know your feedback.

You can find references for this wonder combination in medical streams like Ayurvedic, Yunani etc. And the best part is that it does not have any side effects and most of the times can be taken parallel with any other form of medicine. Listed below are some of the well known uses of the combination of honey and cinnamon.

1. For Curing Arthritis
A paste should be made from one part honey and two parts of luke warm water added with a small teaspoon of cinnamon powder. This paste should be massaged on the itching part of the body and the pain should recede within fifteen minutes in most cases.

2. Hair Loss
For hair loss or baldness, patients may apply a paste made out of hot olive oil, one tablespoon of honey, one teaspoon of cinnamon powder. This should be applied before they take bath and keep it for approximately 15 minutes. After that they can wash it off with luke warm water.

3. Toothache
A paste made of one teaspoon of cinnamon powder and five teaspoons of honey when applied on the aching tooth (may be done 3 times a day) reduces the pain within a matter of 15 minutes.

4. Reducing Cholesterol
Take two tablespoons of honey, three teaspoons of cinnamon powder and mix in 16 ounces of tea, when given to a cholesterol patient, reduces the level of cholesterol in the blood by 10% within 2 hours. Pure honey is also sometimes used with food to check cholesterol.

5. Cure Colds
For those who are suffering from common or severe colds, they should take one tablespoon of luke warm honey with 1/4 teaspoon cinnamon powder daily for 3 days. This process will cure most chronic cough, cold and clear the sinuses.

6. Curing Infertility
Various ancient medical streams like Ayurveda and Yunani have been using honey for years in medicine to strengthen the semen of men. Two tablespoons of honey before they go to sleep is what is prescribed by many experienced practitioners. This combination will work wonders for women as well. In China, Japan and other Asian countries, if the women who do not conceive, and or if their uterus is weak, then they have been prescribed cinnamon powder. Women who cannot conceive may take a pinch of cinnamon powder in half a teaspoon of honey, and apply it on the gums frequently throughout the day, so that it slowly mixes with the saliva and enters the body.

7. Stomach Upset
Honey taken with cinnamon powder also helps in curing stomach ache. For people who are suffering from gas problems, honey should be taken with cinnamon powder in equal quantities, relieves gas and pain in the stomach.

8. Immune System
The daily intake of honey and cinnamon powder strengthens the immune system and protects the body from bacterial and viral attacks. Researchers have found that honey has various vitamins and iron in large amounts and its use strengthens the white blood corpuscles.

9. Longevity
Ancient cultures used Tea made with honey and cinnamon powder for longevity. 4 spoons of honey, 1 spoon of cinnamon powder and 3 cups of water are boiled to make this tea. The prescribed amount is to drink 1/4 cup, 3 times a day. It keeps the skin fresh and soft and slows down old age.

10. Weight Loss
Drink honey and cinnamon powder boiled in one cup water first thing in the morning (empty stomach). If taken regularly it reduces the weight of even the most obese person. Also drinking of this mixture regularly does not allow the fat to accumulate in the body, even though the person may eat a high calorie diet. Weight loss can be due to different reasons. Some people do over dieting to reduce weight which affects their body’s immune system. Losing weight is fine but that should not be at the expense of harsh dieting and skipping your vitamins and minerals. You can always lose weight naturally. I highly recommend this free article on some Exotic and healthy juice recipes which will help you reduce weight among other health benefits. Here is a list of natural source of vitamins cheaply and commonly available.