Wednesday, April 1, 2020

Sejarah Lantai Marmar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Makkah Flooring
https://www.youtube.com/watch?v=f-pSKvnxl7Y


Sejarah Lantai Masjid Haram dan Masjid Nabawi 

Nama marmar : Thassos Marble
Tempat Pengeluar : Thassos Island, Greece
Arkitek yang bertanggungjawab memasangnya : Almarhum Muhammad Kamal Ismail*

Almarhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang dinamakan dengan nama :

رخام ثاسوس ابيض

(Rukham Thassus Abyadh) iaitu batu Marmar Thasus Putih

Ikutilah kisah pengalaman yang diceritakan oleh Almarhum Muhammad Kamal Ismail berkaitan lantai berwarna putih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. 

Beliau sengaja memilih untuk meletakkan batu granit berwarna putih di sekitar Masjidil Haram yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf di sekeliling Kaabah dan di kawasan lain di dalam Masjidil Haram.

Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada di atasnya.

Cerita yang mengatakan di bawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali.

 https://english.alarabiya.net/en/features/2017/01/30/Why-Mecca-s-marble-flooring-s-cool-to-touch.html

Untuk pengetahuan semua, batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama Pulau Thassos di negara Yunani atau nama lainnya adalah Greece.

https://en.wikipedia.org/wiki/Thassos

Almarhum Muhammad Kamal Ismail telah pergi melihat sendiri di kawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini. Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram.

Ketika itu, itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu. Maka setelah perjanjian ditandatangani, beliau pulang ke Kota Mekah dengan membawa batu granit putih ini, dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai Masjidil Haram dengan sempurna.

Kemudian, setelah berlalu 15 tahun lamanya, Kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum Muhammad Kamal Ismail memasang juga di seluruh lantai Masjid Nabawi di Madinatul Munawwarah akan marmar yang sama yang telah digunakan di Masjidil Haram.

Almarhum Muhammad Kamal Ismail bercerita lagi,

" Pada saat saya mendapat panggilan dari Pejabat Pemerintah Arab Saudi, saya menjadi sangat takut. Ini kerana pada 15 tahun yang lepas, saya telah mengambil sebahagian batu granit putih untuk diletakkan di Masjidil Haram, itu pun dikira bilangan yang sedikit, sedangkan sebahagian lagi masih berbaki di Greece."

"Saya bimbang takut takut ada orang lain yang telah membelinya."

Dengan itu, Almarhum Muhammad Kamal Ismail segera terbang ke Greece untuk membeli sebahagian yang lain jika masih ada.

Beliau telah pergi ke syarikat yang dahulunya beliau mengambil batu granit ini, dan berjumpa dengan pemiliknya lalu menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian lagi batu granit  atas tujuan  pemasangan lantai Masjid Nabawi. 

Pemilik syarikat itu memberikan jawapan,

"Sesungguhnya selepas Tuan membeli sebahagian batu granit Thassos pada 15 tahun yang lepas, ada orang lain telah datang dan telah membeli baki keseluruhannya". 

Mendengarkan itu, saya menjadi sedih, lalu menangis hiba, sebak.

Dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan kesedihan seperti apa yang saya rasakan saat itu, kerana saya tidak mendapat apa yang saya mahukan. 

Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan, air kopi saya pun saya tidak sentuh. 

Kemudian saya keluar dari pejabat syarikat marmar itu, lalu bergegas menempah tiket untuk pulang ke Arab Saudi pada hari berikutnya.

Sebelum pergi, entah kenapa saya bertanya kepada setiausaha, siapakah yang telah membeli baki batu granit itu? 

Beliau menjawab,

"Kami tidak pasti, sebab ini sudah terlalu lama, sudah 15 tahun berlalu, jadi agak sukar untuk mencari pembelinya."

Saya berkata padanya,

"Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya. "
"Ini alamat hotel saya dan nombor telefonnya. Hubungi saya jika dapat, saya masih ada satu hari lagi di sini."

Kemudian saya meninggalkan pejabat syarikat itu dalam keadaan saya menangis kerana terlalu sedih. 

Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa saya mesti ingin tahu siapa yang telah membeli batu itu?
Saya terfikir, boleh jadi ada perkara yang Allah nak tunjukkan pada saya yang saya tak tahu. 

Esoknya, beberapa jam sebelum saya ke lapangan terbang untuk pulang ke Arab Saudi, saya mendapat satu panggilan dari syarikat batu ini.

Setiausaha itu menelefon,

"Tuan, datanglah ke pejabat kami, kami sudah temukan maklumat pembeli yang Tuan mahukan".


Mendengarkan itu saya bergegas ke pejabat syarikat itu.

Dalam masa yang sama, saya tertanya tanya, 
Apakah yang saya akan buat dengan alamat pembeli itu?
Apakah yang saya boleh lakukan terhadap perkara yang telah berlalu selama 15 tahun?

Kenapa saya sanggup bersusah-payah semata-mata hendak mendapatkan alamat pembeli ini?

Setibanya saya di pejabat mereka, saya mendapatkan alamat pembeli itu.

Berderau darah saya apabila melihat maklumat pembeli itu. Rupa-rupanya pembeli itu adalah sebuah syarikat yang beralamat di Arab Saudi. 

Apa lagi, saya segera terbang ke Arab Saudi.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, saya terus menuju ke alamat yang diberikan.


Sampai sahaja di pejabat syarikat itu, saya segera bertemu dengan pemilik syarikat itu dan bertanya, apakah yang mereka telah lakukan dengan batu granit yang mereka beli pada tahun-tahun yang lepas di Greece?

Pemilik ini seakan-akan telah lupa lalu berkata bahawa beliau tidak berapa ingat hal itu lalu beliau menelefon gudang untuk memastikannya, kemudian beliau memaklumkan bahawa batu-batu granit itu masih ada di gudang, tidak tersentuh sedikitpun.

Kemudian, Almarhum Muhammad Kamal Ismail ini bercerita lagi,

"Saat itu saya menangis teresak-esak seperti kanak kanak, saya menangis dengan bersungguh-sungguh."

Pemilik syarikat itu bertanya mengapa saya menangis. 

Saya pun menceritakan hal daripada awal pembikinan lantai Masjidil Haram, sampailah ke permintaan kali kedua Kerajaan Arab Saudi untuk pemasangan lantai Masjid Nabawi. Saya ceritakan keseluruhannya.

Kemudian, saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat itu, lalu saya katakan kepadanya,

"Tuan tulislah berapa harga yang Tuan mahu saya bayar, saya akan membayarnya, asalkan saya dapat membeli batu granit ini. " 

Kemudian Almarhum bersumpah dan berkata, "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, setelah pemilik syarikat ini mengetahui bahawa saya ingin mendapatkan batu granit itu untuk pembinaan lantai Masjid Nabawi, maka beliau berkata:

"Saya tidak akan mengambil satu dirhampun daripada kamu. Batu-batu granit ini saya hadiahkan kepada kamu, ikhlas disumbangkan pada jalan Allah. "

"Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu. Dan Allahlah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting, demi manfaat bersama. "

Akhirnya batu ini diberikan kepada Almarhum Muhammad Kamal Ismail untuk diuruskan untuk dipasang di seluruh Masjid Nabawi.

ALLAHU AKBAR!!!!!

Semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini. 

Amiin...

Sekian..
Perkongsian dari seorang Arab

هذا العبقري له قصه رائعه مع رخام الحرم حيث أنه أراد وضع رخام في أرضية الحرم للطائفين ورخام مخصوص يمتص الحراره تماما.. كان هذا الرخام موجود في جبل صغير باليونان ، ذهب لليونان وتعاقد علي شراء الكميه الكافيه للحرم وكانت نصف الكميه الموجوده تماما.. تعاقد وعاد وجاء الرخام الأبيض وتم فعلا وضع الرخام في كل أرضية الحرم المكي.. تمر السنوات وبعد خمسة عشر عاما تطلب الحكومه السعوديه منه وضع نفس نوع الرخام في الحرم النبوي بالمدينه.. يقول المهندس محمد كمال عندما طلب مني مكتب الملك تغطية الحرم النبوي خفت جدا فلا يوجد علي الأرض برحابتها من هذا النوع من الرخام إلا في منطقه صغيره باليونان وأنا إشتريت نصف الكميه وهي كميه بسيطه جدا.. قال ذهبت لنفس الشركه باليونان وطلبت مقابلة رئيس مجلس إدارتها وسألته عن الكميه المتبقيه.. فقال لي لقد تم بيعها بعدك مباشرة.. يقول حزنت كما لم أحزن في حياتي حتي أني لم أشرب قهوتي وغادرت المكتب وحجزت علي طيارة اليوم التالي للعوده ، عندما خرجت من مكتب رئيس الشركه وجدت السكرتيره فسألتها ولا أعلم لماذا.. من إشتري الكميه المتبقيه ؟ قالت لي هذا أمر مر عليه سنوات طويله ويصعب الرجوع للمشتري.. قلت لها مازال أمامي يوم في اليونان أرجوكي إبحثي وهذا رقم تليفون فندقي.. تركت الرقم وذهبت وأنا حزين.. يقول بعدما خرجت سألت نفسي.. لماذا تريد معرفة من إشتري ؟ يقول المهندس العبقري قلت لنفسي لعل الله يحدث أمرا.. في اليوم التالي وقبل ساعات قليله من ذهابي للمطار وجدت السكرتيره تتصل بي وتقول تعال إلي الشركه فعندنا عنوان المشتري.. ذهبت متباطئا متسائلا ماذا أفعل بعنوان من إشتري.. كان عندي بعض الساعات المتبقيه علي السفر فذهبت مره أخري للشركه وقابلت السكرتيره فأعطتني عنوان الشركه التي إشترت الرخام.. يقول الدكتور المهندس خفق قلبي بشده عندما وجدت المشتري شركه سعوديه.. طرت مباشرة إلي السعوديه ثم من المطار إلي الشركه التي إشترت الرخام ودخلت علي رئيس مجلس إدارتها وسألته ماذا فعل بالرخام الذي إشتراه منذ سنوات من اليونان.. قال لا أذكر.. إتصل بالمخازن وسألهم عن الرخام الأبيض اليوناني فقالوا له... كل الكميه موجوده كما هي.. يقول المهندس محمد كمال بكيت كالطفل وسألني صاحب الشركه لماذا تبكي.. حكيت له القصه كامله وقلت له هنا شيك علي بياض إكتب المبلغ الذي تريده.. قال والله الذي لا إله إلا هو صاحب الشركه عندما علم أن الرخام للحرم النبوي قال لا أخذ درهما واحدا الرخام كله في سبيل الله وإنما أنساني الله الرخام وجعلني أشتريه ليكون هنا لهذه المهمه
 من حق الجميع أن يتعرفوا علي هذا النابغه المعماري



No comments:

Post a Comment