Sunday, May 15, 2011

Hari Guru 2011 - Berburu ke Padang Datar



Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi


frasa yang sangat biasa didengari, sempena Hari Guru pada hari ini, dan pada hari-hari yang telah berlalu.

aku rasa tidak perlu menghurai maksud pantun/perumpamaan/pepatah/peribahasa? di atas. bolehlah kalian semak buku-buku peribahasa atau tanya terus kepada guru Bahasa Melayu untuk maksudnya yang tepat.

Perihal puisi yang masyhur juga telah banyak ditulis orang.

aku di sini hanya ingin menyentuh sikit tentang perkataan yang digunakan.

apakah itu rusa belang kaki? pernahkah anda melihat rusa belang kaki? pada zaman ini, sudah tidak ramai yang berburu rusa, maka bukanlah aneh jika ramai yang tidak mengetahui spesies rusa, apatah lagi rusa berkaki belang. harimau berkaki belang mungkin ramai yang tahu.

di padang datar biasanya tidak kedapatan rusa yang berbelang kakinya, biasanya rusa berdiam di hutan rimba.

sebenarnya apa yang diburu di padang datar ialah BELALANG RUSA YANG BERBELANG KAKINYA, bukannya rusa berkaki belang.

kasihan sungguh Pak Pandir, pernah suatu ketika beliau melemparkan seekor rusa ke dalam sungai sebagai umpan kail. padahal, yang disuruh oleh Mak Andeh sebagai umpan bukanlah rusa, tetapi belalang rusa.

http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_pandir.html

semoga guru-guru atau manusia yang pernah mengajarku ilmu dan pengetahuan atau petua memperolehi hidayat dan afiat dari Allah Tuhan Semesta Alam.





Oh!Ya. Sekarang ini rusa telah beroda!



No comments:

Post a Comment