Sunday, November 23, 2025

al hind

 https://www.researchgate.net/publication/373162381_IDENTIFICATION_AL-HIND_BASED_ON_MU'JAM_AL-BULDAN_BY_AL-_HAMAWI_A_STUDY_OF_THE_LETTERS_OF_AL-QAF_AND_AL-KAF

Friday, November 21, 2025

Isyraq vs Dhuha

 syuruq=terbit matahari

subuh hingga syuruq= 70 minit

70/3=23 minit 20 ssat

masuk waktu solat isyraq ialah 24 minit selepas syuruq (terbit matahari)


waktu afdhal : matahari segalah sehingga istiwa

afdhal 8 rakaat, minimum 2 rakaat, maksima 12 rakaat


Tuesday, October 7, 2025

Saad bin Muaz r.anhu

 AAD BIN MU'AZ: LELAKI YANG GUGURNYA MENGGONCANGKAN ARASY

MasyaAllah. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memuliakan manusia bukan dengan usia, pangkat atau kekayaan tetapi dengan iman yang jujur, tekad yang tidak goyah, dan kesetiaan yang tidak tawar-menawar.
Hari ini, kita mengenang seorang pemuda dari Madinah. Hidupnya singkat, tapi kesannya kekal hingga hari ini. Namanya Saad bin Mu'az. Ketua kabilah Aus, dan salah seorang tokoh besar di kalangan Ansar. Beliau tidak sempat hidup lama dalam Islam. Sekadar tujuh tahun dari detik Islam masuk ke Madinah hingga ke saat beliau menghembuskan nafas terakhir.
Tapi tujuh tahun itu… cukup untuk menggoncangkan Arasy Allah ketika rohnya diangkat ke langit.
Saat Rasulullah SAW tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah, Saad adalah antara insan yang membuka dada dan rumahnya buat Baginda. Beliau memeluk Islam hasil dakwah Mus’ab bin Umair, dan menjadi penyokong kuat kepada perjuangan Nabi.
Ketika Perang Badar, Rasulullah SAW bermesyuarat dengan para sahabat untuk meminta pandangan. Lalu bangkitlah Saad bin Mu’az, wakil Ansar, dan berkata:
"Wahai Rasulullah, jika engkau perintahkan kami terjun ke laut, kami akan menyahut. Jika engkau ajak kami ke medan perang, kami tidak akan berpaling. Kami tidak seperti Bani Israel yang berkata kepada Musa: ‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami akan duduk di sini.’”
Ungkapan itu membakar semangat pasukan Muslimin. Di saat getir dan genting, suara Saad meneguhkan keyakinan seluruh barisan.
Dalam Perang Khandaq, takdir menguji Saad. Sebuah anak panah dari pihak Quraisy terkena bahagian urat di lengan beliau. Luka itu parah dan sukar dirawat. Urat terputus. Darah terus mengalir.
Beliau kemudian berdoa dengan penuh pengharapan:
"Ya Allah, jika masih ada lagi perang selepas ini, maka panjangkanlah umurku agar aku dapat bersama Rasul-Mu. Tetapi jika sudah berakhir, dan Kau telah puas dengan perjuangan kami… maka kembalikanlah aku kepada-Mu dalam keadaan Engkau redha kepadaku."
Beberapa hari selepas itu, Madinah kembali tenang. Musuh berundur. Dan Saad pun kembali kepada Tuhannya.
Rasulullah SAW sendiri mengisytiharkan sesuatu yang mengejutkan seluruh sahabat. Sabda Baginda:
"Arasy Allah bergoncang kerana wafatnya Saad bin Mu’az."
(Hadis sahih – Riwayat al-Bukhari & Muslim)
SubhanAllah.
Tempat paling tinggi dan paling suci di mana para malaikat tertinggi bersujud, bergoncang kerana kembalinya seorang hamba Allah yang bernama Saad. Bukan Nabi. Bukan pemimpin empayar. Tapi kerana keimanannya yang tulus, perjuangannya yang benar.
Dalam riwayat lain, disebut bahawa 70,000 malaikat turun untuk mengiringi jenazah beliau. Rasulullah SAW turut menyebut bahawa kubur Saad dihimpit tetapi himpitan itu ringan dan sekejap kerana jika ada orang yang layak terselamat dari himpitan kubur, maka itulah Saad bin Mu’az. (Riwayat an-Nasa’i dan Ahmad – sahih)
MasyaAllah.
Saad mengajar kita bahawa hidup ini bukan tentang berapa lama kita berada di dunia. Tapi tentang apa yang kita lakukan dengan masa yang sedikit itu.
Tujuh tahun beliau bersama Islam tapi dalam tujuh tahun itu, beliau jadi perisai, jadi peneguh, jadi benteng kepada dakwah Nabi.
Sedangkan kita hari ini sudah berpuluh tahun hidup, namun adakah hati kita sekuat itu bila diuji? Adakah kita benar-benar meletakkan Allah dan Rasul di hadapan segala-galanya? Atau hanya menjadikan agama sebagai selimut waktu susah?
Saad bin Mu'az bukan sekadar nama dalam buku sejarah. Beliau adalah lambang bahawa keikhlasan dan keberanian walaupun tanpa kemasyhuran boleh mengangkat manusia ke darjat yang tidak dijangka. Darjat yang membuat Arasy pun bergegar.
Semoga Allah tanamkan dalam hati kita semangat seperti Saad. Iman yang jitu. Prinsip yang teguh. Cinta kepada Rasul yang tidak bersyarat. Kerana bila kita hidup dengan kejujuran, insyaAllah kita akan mati dalam kemuliaan.
Dan mungkin, meskipun bumi diam… langit akan saksikan kembalinya seorang hamba yang setia.

Tuesday, August 12, 2025

Perihal tahlil

https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=429

Assalamualaikum, ustaz. Apakah keutamaan mengadakan tahlil arwah pada hari-hari tertentu seperti pada 3 malam pertama, hari ke-7, 40 dan 100? Mohon kemukakan hujah para ulama (beserta sumbernya) dalam jawapan yang diberikan. Sekian, terima kasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


message user image

Jawapan  

وعليکم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, istilah tujuh hari (7) dalam mengadakan tahlil bagi orang yang sudah meninggal dunia, adalah merupakan amalan yang diamalkan oleh para Tabi’in. Imam Ahmad bin Hanbal RA berkata dalam kitabnya Al-Zuhd, sebagaimana yang dirakamkan oleh Imam As Suyuti dalam kitab Al-Hawi lil-Fatawi: قَالَ طَاوُسِ: اِنَّ اْلمَوْتَى يُفْتَنُوْنَ فِىْ قُبُوْرِهِمْ سَبعًا فَكَانُوْا يُسْتَحَبُّوْنَ أَنْ يُطْعِمُوْا عَنْهُمْ تِلْكَ اْلاَيَّامِ Imam Thowus berkata : seorang yang mati akan beroleh fitnah (ujian) dari Allah dalam kuburnya selama tujuh hari. Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (untuk disedekahkan pahala amalan tersebut) untuk simati, selama hari-hari tersebut. عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرِ قَالَ: يُفْتَنُ رَجُلَانِ مُؤْمِنٍ وَمُنَافِقٍ فَأَمَّا اْلمُؤْمِنُ فَيُفْتَنُ سَبْعًا وَاَمَّا الْمُنَافِقُ يُفْتَنُ اَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا Ubaid Ibn Umair , dia berkata: Seorang mu’min dan seorang munafiq sama-sama akan mengalami fitnah (ujian) dalam kubur. Bagi seorang mu’min akan diuji selama 7 hari, sedangkan seorang munafik selama 40 hari diwaktu pagi. Pendapat sebahagian besar Ulama’, yang dimaksudkan dengan fitnah kubur adalah Soalan Malaikat Munkar dan Nakir . Imam As-Suyuti berkata: أَنَّ سُنَّةَ اْلإِطْعَامِ سَبْعَةَ أَيَّامٍ بَلَغَنِي أَنَّهَا مُسْتَمِرَّةٌ إِلَى اءلآنَ بِمَكَّةَ وَاْلمَدِيْنَةَ, فَالظَّاهِرُ أَنَّهَا لمَ تَتْرُكْ مِنْ عَهْدِ الصَّحَابَةِ إِلَى اْلآنَ وَأَنَّهُمْ أَخَذُوْهَا خَلَفًا عَنْ سَلَفٍ إِلَى الصَّدْرِ اْلأَوَّلِ Kebiasaan memberikan sedekah makanan selama tujuh hari merupakan kebiasaan yang tetap berlaku hingga sekarang (zaman Imam As Suyuti ) di Makkah dan Madinah. Yang jelas, kebiasaan itu tidak pernah ditinggalkan sejak masa sahabat Nabi S.A.W sampai sekarang ini, dan tradisi itu diambil dari ulama salaf sejak generasi pertama (zaman sahabat Nabi S.A.W) Petikan di atas menunjukkan para tabi’in membincangkan di dalam 7 hari pertama simati yang mukmin akan diuji (disoal) dan 40 hari pertama di waktu subuh orang munafik akan disoal. Maka digalakkan kita memperbanyakkan doa dan menyedekahkan pahala kepada simati khususnya pahala memberi makan kepada orang lain. Tiada hadis Nabi S.A.W yang sampai kepada kita berkenaan amalan ini. Adapun amalan sebahagian masyarakat kita mungkin berdasarkan kepada Qaul Tabi’in yang dibincangkan di atas dan tiada salahnya beramal dengan pendapat tersebut. Pada asalnya mengadakan tahlil bersifat luas dan terbuka kepada waris untuk mengadakannya pada bila-bila masa yang sesuai lebih-lebih lagi di tujuh hari yang pertama jika berkemampuan. Suka diingatkan, kos kenduri tahlil tersebut janganlah diambil dari harta pusaka simati dan jangan pula diambil dari harta anak yatim. Eloklah ianya dari sumber lain seperti diambil dari harta ahli waris terdekat secara sukarela.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

Mengapa para ulama mengajarkan kepada umat Islam agar selalu mendoakan keluarganya yang telah meninggal dunia selama 7 hari berturut-turut ?

Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ahli hadits kenamaan mengatakan bahwa beliau mendapatkan riwayat dari Hasyim bin al-Qasim, yang mana beliau meriwayatkan dari Al-Asyja’i, yang beliau sendiri mendengar dari Sofyan, bahwa Imam Thawus bin Kaisan radliyallahu ‘anhu pernah berkata :

“Sesungguhnya orang mati difitnah (diuji dengan pertanyaan malaikat) didalam quburnya selama 7 hari, dan “mereka” menganjurkan (mensunnahkan) agar memberikan makan (pahalanya) untuk yang meninggal selama 7 hari tersebut”.

Riwayat ini sebutkan oleh Imam Ahmad Ahmad bin Hanbal didalam az-Zuhd [1]. Imam Abu Nu’aim al-Ashbahani (w. 430 H) juga menyebutkannya didalam Hilyatul Auliya’ wa Thabaqatul Ashfiyah.[2] Sedangkan Thawus bin Kaisan al-Haulani al-Yamani adalah seorang tabi’in (w. 106 H) ahli zuhud, salah satu Imam yang paling luas keilmuannya. [3] Ibnu Hajar al-Haitami (w. 974) dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubraa dan Imam al-Hafidz as-Suyuthi (w. 911 H) dalam al-Hawil lil-Fatawi mengatakan bahwa dalam riwayat diatas mengandung pengertian bahwa kaum Muslimin telah melakukannya pada masa Rasulullah, sedangkan Rasulullah mengetahui dan taqrir terhadap perkara tersebut. Dikatakan (qil) juga bahwa para sahabat melakukannya namun tidak sampai kepada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam. Atas hal ini kemudian dikatakan bahwa khabar ini berasal dari seluruh sahabat maka jadilah itu sebagai Ijma’, dikatakan (qil) hanya sebagian shahabat saja, dan masyhur dimasa mereka tanpa ada yang mengingkarinya. [4]

Ini merupakan anjuran (kesunnahan) untuk mengasihi (merahmati) mayyit yang baru meninggal selama dalam ujian didalam kuburnya dengan cara melakukan kenduri shadaqah makan selama 7 hari yang pahalanya untuk mayyit. Kegiatan ini telah dilakukan oleh para sahabat, difatwakan oleh mereka. Sedangkan ulama telah berijma’ bahwa pahala hal semacam itu sampai dan bermanfaat bagi mayyit.[5] Kegiatan semacam ini juga berlangsung pada masa berikutnya, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Imam al-Hafidz as-Suyuthiy ;

“Sesungguhnya sunnah memberikan makan selama 7 hari, telah sampai kepadaku (al-Hafidz) bahwa sesungguhnya amalan ini berkelanjutan dilakukan sampai sekarang (masa al-Hafidz) di Makkah dan Madinah. Maka secara dhahir, amalan ini tidak pernah di tinggalkan sejak masa para shahabat Nabi hingga masa kini (masa al-Hafidz as-Suyuthi), dan sesungguhnya generasi yang datang kemudian telah mengambil amalan ini dari pada salafush shaleh hingga generasai awal Islam. Dan didalam kitab-kitab tarikh ketika menuturkan tentang para Imam, mereka mengatakan “manusia (umat Islam) menegakkan amalan diatas kuburnya selama 7 hari dengan membaca al-Qur’an’. [6]

Shadaqah seperti yang dilakukan diatas berlandaskan hadits Nabi yang banyak disebutkan dalam berbagai riwayat. [7] Lebih jauh lagi dalam hadits mauquf dari Sayyidina Umar bin Khaththab, disebutkan dalam al-Mathalib al-‘Aliyah (5/328) lil-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852) sebagai berikut :

“Ahmad bin Mani’ berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari ‘Ali bin Zayd, dari al-Hasan, dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku pernah mendengar ‘Umar radliyallahu ‘anh mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali seseorang masuk menyertainya, maka aku tidak mengerti apa yang maksud perkataannya sampai ‘Umar radliyallahu ‘anh di tikam, maka beliau memerintahkan Shuhaib radliyallahu ‘anh agar shalat bersama manusia selama tiga hari, dan juga memerintahkan agar membuatkan makanan untuk manusia. Setelah mereka kembali (pulang) dari mengantar jenazah, dan sungguh makanan telah dihidangkan, maka manusia tidak mau memakannya karena sedih mereka pada saat itu, maka sayyidina ‘Abbas bin Abdul Muththalib radliyallahu ‘anh datang, kemudian berkata ; wahai.. manusia sungguh telah wafat .. (al-hadits), dan InsyaAllah selengkapnya dalam Manaqib ‘Umar radliyallah ‘anh”.

Hikmah dari hadits ini adalah bahwa adat-istiadat amalan seperti Tahlilan bukan murni dari bangsa Indonesia, melainkan sudah pernah dicontohkan sejak masa sahabat, serta para masa tabi’in dan seterusnya. Karena sudah pernah dicontohkan inilah maka kebiasaan tersebut masih ada hingga kini.

Riwayat diatas juga disebutkan dengan lengkap dalam beberapa kitab antara lain Ithaful Khiyarah (2/509) lil-Imam Syihabuddin Ahmad bin Abi Bakar al-Bushiriy al-Kinani (w. 840)

“Dan dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku mendengar ‘Umar bin Khaththab radliyallahu ‘anh mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali manusia masuk bersamanya. Maka aku tidak maksud dari perkataannya, sampai ‘Umar di tikam kemudian memerintahkan kepada Shuhaib agar shalat bersama manusia dan membuatkan makanan hidangan makan untuk manusia selama tiga hari. Ketika mereka telah kembali dari mengantar jenazah, mereka datang dan sungguh makanan telah dihidangkan namun mereka tidak menyentuhnya karena kesedihan pada diri mereka. Maka datanglah sayyidina ‘Abbas bin Abdul Muththalib, seraya berkata : “wahai manusia, sungguh Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah wafat, dan kita semua makan dan minum setelahnya, Abu Bakar juga telah wafat dan kita makan serta minum setelahnya, wahai manusia.. makanlah oleh kalian dari makanan ini, maka sayyidina ‘Abbas mengulurkan tanggan (mengambil makanan), diikuti oleh yang lainnya kemudian mereka semua makan. Maka aku (al-Ahnaf) mengetahui maksud dari perkataannya. Ahmad bin Mani telah meriwayatkannya dengan sanad didalamnya yakni ‘Ali bin Zayd bin Jud’an”.

Disebutkan juga Majma’ az-Zawaid wa Manba’ul Fawaid (5/159) lil-Imam Nuruddin bin ‘Ali al-Haitsami (w. 807 H), dikatakan bahwa Imam ath-Thabrani telah meriwayatkannya, dan didalamnya ada ‘Ali bin Zayd, dan haditsnya hasan serta rijal-rijalnya shahih ; Kanzul ‘Ummal fiy Sunanil Aqwal wa al-Af’al lil-Imam ‘Alauddin ‘Ali al-Qadiriy asy-Syadili (w. 975 H) ; Thabaqat al-Kubra (4/21) lil-Imam Ibni Sa’ad (w. 230 H) ; Ma’rifatu wa at-Tarikh (1/110) lil-Imam Abu Yusuf al-Farisi al-Fasawi (w. 277 H) ; Tarikh Baghdad (14/320) lil-Imam Abu Bakar Ahmad al-Khathib al-Baghdadi (w. 463 H).

Wallahu A’lam.

Rujukan:

[1] Lihat : Syarah ash-Shudur bisyarhi Hal al-Mautaa wal Qubur ; Syarah a-Suyuthi ‘alaa Shahih Muslim, Hasyiyah as-Suyuthi ‘alaa Sunan an-Nasaa’i dan al-Hafi lil-Fatawi lil-Imam al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi ; Lawami’ al-Anwar al-Bahiyyah (2/9) lil-Imam Syamsuddin Muhammad as-Safarainy al-Hanbali (w. 1188 H) ; Sairus Salafush Shalihin (1/827) lil-Imam Isma’il bin Muhammad al-Ashbahani (w. 535 H) ; Imam al-Hafidz Hajar al-Asqalani (w. 852 H) didalam al-Mathalibul ‘Aliyah (834).

[2] Lihat : Hilyatul Auliya’ wa Thabaqatul Ashfiyaa’ lil-Imam Abu Nu’aim al-Ashbahaniy : “menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Malik, menceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, menceritakan kepada kami ayahku (Ahmad bin Hanbal), menceritakan kepada kami Hisyam bin al-Qasim, menceritakan kepada kami al-Asyja’iy, dari Sufyan, ia berkata : Thawus telah berkata : “sesungguhnya orang mati di fitnah (diuji oleh malaikat) didalam kuburnya selama 7 hari, maka ‘mereka’ menganjurkan untuk melakukan kenduri shadaqah makan yang pahalanya untuk mayyit selama 7 hari tersebut”.

[3] Lihat : al-Wafi bil Wafiyaat (16/236) lil-Imam ash-Shafadi (w. 764 H), disebutkan bahwa ‘Amru bin Dinar berkata : “aku tidak pernah melihat yang seperti Thawus”. Dalam at-Thabaqat al-Kubra li-Ibni Sa’ad (w. 230 H), Qays bin Sa’ad berkata ; “Thawus bagi kami seperti Ibnu Siirin (sahabat) bagi kalian”.

[4] Lihat ; al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (2/30-31) lil-Imam Syihabuddin Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haitami ; al-Hawi al-Fatawi (2/169) lil-Imam al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthiy.

[5] Lihat : Syarah Shahih Muslim (3/444) li-Syaikhil Islam Muhyiddin an-Nawawi asy-Syafi’i.

[6] Lihat : al-Hawi al-Fatawi (2/179) lil-Imam al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi.

Disarikan dari tulisan : al-Ustadz H. Luthfi Bashori



Sunday, July 20, 2025

Qiraat Tujuh

 contoh : https://www.youtube.com/watch?v=OKUcbU7PIdg

Imam ini bernama Syaikh Okasha Kameny, Imam besar di Texas, USA, hafal demua Qiraat, biasanya beliau pakai Ad doori Al Kisai.

dalam video ini, Imam ini membaca riwayat Imam Khalaf dari Imam hamzah jalur Syathibiyyah, huruf mim pada kata ملك Dibaca pendek, huruf ص di riwayat Hafs, pada kata shiraathal, dibaca dengan ص isyam.. Yakni mencampur huruf ص dan ز dengan di Tafkhim, dan semua mim jama' him dibaca hum

1. Imam nafi madinah 2. Imam ibnu amir di syam 3. Imam ibnu katsir dari mekah 4. Imam amr dari basroh 5. Imam ashim dari kufah 6. Imam hamzah dari kufah 7. Imam al kisa'i dari kufah

https://www.youtube.com/watch?v=gsB-YCuWCac


Saturday, February 22, 2025

Route Jemaah Batam

1 bulan Perth, 2 Bulan Sydney, 1 bulan Penanti

6 Batam, 1 Terengganu

Masjid al-Huda Kilang Lama 4Feb-10Feb

Surau Taman Haruan 11Feb- 14Feb

Surau Taman Nilam Baiduri 14Feb-16Feb

Surau Kg Tok Rasul 17Feb-21Feb

Surau Taman Merawan 22Feb-27Feb

Saturday, February 1, 2025

Nabi-nabi yang hidup sezaman

 1-Nabi Ibrahim. as. dan Nabi Luth a.s

Nabi Luth a.s adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s

2. Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s

Nabi Harun a.s menjadi Nabi atas permintaan Nabi Musa a.s kepada Allah.

3. Nabi Isa. a.s dan Nabi Yahya a.s

Kedua-duanya sama level